PenDEngaR YaNg BAik..

Salam sejahtera smua..pada malam ni aku tlh mdapat satu idea untuk bkongsi dgn korang smua..sperti korang tau, aku bkn la pnulis yg baik, jd aku hrp korang xboring la bca coretan aku ni..hehe..

Dalam kajian yg tlg dilakukan, didapati bahawa mereka yang bjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan seorang komunikator yang bkesan dan mjadi pendengar yang baik. Terdapat dua sebab utama kenapa kita mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya setelah korang sanggup mendengar dengan baik, korang mempelajari apa yang korang tidak ketahui selama ini. Memang benarlah bahawa selalunya kita tidak ketahui kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita sendiri. Kita lebih mudah menangkap dan melihat kelemahan orang lain.

Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik. Lebih-lebih lagi di tempat kerja dan mana-mana organisasi mengutamakan orang yang mudah mendengar arahan, patuh dan bertindak pada arahan. Di rumah pula kita kan lebih sayang dan mudah berbicara dengan ahli keluarga yang 'suka mendengar cakap' berbanding dengan 'ahli keluarga yang susah mendengar cakap'.

Mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka yang tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik. Bila waktu diam dan mendengar dan bila pula memberi peluang orang lain bercakap. Oleh itu, mendengar yang baik bermaksud satu proses mencerap dan merakam butiran kata-kata atau ucapan daripada sumber atau si perucap sambil memikirkan apakah yang perlu diberikan perhatian, mana perkara pula yang perlu diketepikan. Juga pendengar yang baik mengutamakan tindakan yang perlu diambil hasil daripada mendengar atau mencerap itu.

Antara langkah untuk mjadi pendengar yg baik ialah (1) wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi. (2) dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan. (3) berikan perhatian sepenuhnya n berikan 'eye-contact' atau kontak mata. (4) lihat tepat ke dalam anak matanya n anggukan kepala sebagai tanda gerak balas korang. (5) Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya. (6) Ubah mimik muka korang seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula. (7) Elakkan dari mengkritik, jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai. (8) Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat. (9) Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.

Untuk menjadi seorang yang mempunyai kemahiran sosial yang baik, korang perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru korang. Mungkin di peringkat awal kita agak janggal dan canggung melakukannya. Namun lama-kelamaan akan membuah hasil yang di luar jangkaan anda sendiri. Untuk itu korang perlu juga membuat latihan seperti dalam menjawab telefon di mana kita mesti membalas cakap dengan menjawab, "Ya… eh… aha, " dan sebagainya. Atau gunakan kaedah bercakap sendiri dan menghadap cermin sambil melihat watak dan raut muka korang sendiri seolah-olah korang sedang mendengar. Atau perhatikan mereka yang mempunyai sifat pendengar yang baik ketika mereka berbual atau bersembang.

Jika usaha ini dijalankan secara serius, insya-Allah ia akan mendatangkan hasil. Rakan-rakan mula menjadikan korang teman karibnya. Orang bawahan korang mula menghormati korang sebagai ketua. Begitulah berkuasanya bila korang mahu menjadi pendengar yang baik. korang akan mula disenangi dan disegani.

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme