HuBunGAn PLatOnik

Apa itu platonik? Maksud platonik yang aku faham ialah hubungan persahabatan di antara lelaki dengan perempuan yang sangat akrab tanpa wujudnya perasaan cinta..mereka akan berkongsi segala rahsia, bercerita apa sahaja, sentiasa bersama berdua..erm mmg ade hubungan ini, cuma payah tuk kita temui sebab kita sendiri tau, bila lelaki dan perempuan bersahabat dengan rapat, biasalah salah sorang daripadanya tidak mustahil akan berputik cinta dalam hatinya..

Aku ada seorang teman yang terbabit dalam platonik.Tak ada rasa apa-apakah di hati? itu soalan aku kepada dia. Jawapannya yang diberikan pada aku cukup jelas."Tak wujud perasaan tu,susah nak tukar perasaan itu menjadi cinta cz dah tertulis dalam hati - sahabat karib."Kalau suatu hari nanti bertukar,macam mana pula?Aku soal lagi.Sengaja nak menguji.Dia senyum tapi riak wajahnya masih tenang."Kalau itu dah takdir,apa nak dikatakan lagi, cuma rasa macam tak seronok plak cz dah terbiasa sebagai sahabat,then tetiba je tukar status n mesti rasa janggal sangat."


Tiada langsungkah perasaan cinta? Mungkin juga tiada - jika persahabatan itu teramatlah suci. Sejak dari mula telah tersemat di dalam hati yang dia hanya sahabat.Tidak lebih dari itu.Dan 'treatment' yang diberikan adalah layanan seorang sahabat kepada sahabat.Kadangkala kita terlupa,persahabatan antara lelaki dan perempuan,jika kena caranya,akan lebih bertahan lama berbanding menjalin hubungan cinta.

Itu salah satu alasan mengapa mereka yang terlibat dalam platonik, akan menolak untuk menukar status mereka daripada sahabat menjadi kekasih. Bimbang bila mula bercinta, ada kelakuan yang perlu dibataskan,ada perkataan yang perlu ditapis,ada rahsia yang perlu disimpan hanya untuk menjaga hati pasangan.Sikap terbuka atau berterus-terang dalam persahabatan dan percintaan ada perbezaannya.Fikirkanlah.

Tetapi tidak hairan jika ada juga platonik yang menjadi cinta. Bukan sesuatu yang mustahil, kerana gelojak di hati siapalah yang dapat menahan. Hubungan itu akan menjadi lebih bermakna,kerana sudah saling faham-memahami antara satu sama lain. Keserasian sudah wujud sejak sekian lama.

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme