Wanita Ibarat Buah Epal

salam 1 Malaysia. 

Tadi, Fiz ada terbaca sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama anda semua terutama kepada golongan wanita. Fiz harap anda semua dapat sesuatu yang bermanfaat daripada perkongsian ini..:)





~~ wanita ibarat buah epal.. epal yg tidak berkualiti amat mudah diperoleh kerana ia berguguran di tanah.. tetapi epal yg sukar dimiliki berada di puncak.. susah dipetik, susah digapai.. jgn lah rendahkan dirimu ke tanah semata-mata untuk dimiliki.. engkau telah ditakdirkan Allah untuk berada di atas kerana lelaki yg btul2 layak dan berani sahaja dpat menggapai epal yg berada di puncak itu.. seandainya engkau tidak dipetik di dunia ini, mungkin jodohmu menanti di syurga nnti.. ingat lahh.. bagi wanita, MARUAH ADALAH SEGALA-GALANYA...

~~ ku mohon kepada Allah SWT setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri.. aku minta kupu-kupu, diberi ulat berbulu.. aku sedih dan kecewa.. tapi kemudian, kaktus itu berbunga indah manakala ulat itu pun menjadi seekor kupu-kupu yang cantik sekali.. itulah jalan Allah SWT, indah pada masanya! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan.. kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka.. tetapi nun jauh di atas sana, segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita..

~~ Ya Allah, Engkau telah mencipta tubuhku sedemikian indah, maka perindahkan pula moral dan akhlakku..

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme