RaJa PArit..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Keadaan cuaca hari ini begitu panas sekali membuatkan aku terlentok beberapa kali. Alangkah bestnya jika dapat mandi sungai atau jeram, aku mengelamum sendirian. Sedang aku mengelamum, teringat pula hobi waktu aku sekolah rendah dahulu. Ketika itu, pada waktu petang aku dan kawan-kawan akan mandi parit di hujung kampung. Sebenarnya terdapat 3 tempat mandi parit tetapi aku hanya memilih untuk mandi di hujung kampung kerana kawasan tersebut agak cetek berbanding kawasan lain.

Nak dijadikan cerita, ada satu ketika ada cikgu displin membuat tinjauan terhadap pelajar yang mandi parit. Kata beliau, kegiatan mandi parit tidak digalakkan sama sekali kerana ia mungkin membahayakan nyawa jika berlaku kejadian lemas. Pada waktu operasi tersebut, aku telah tertangkap dan sebagai hukumannya aku dirotan pada hari keesokannya di hadapan perhimpunan dan terus aku diberi gelaran sebagai RAJA PARIT. Apa pendapat anda dengan gelaran ini??

Kini aku cuba mengimbas kenangan-kenangan lama. Kadang-kadang ia membuatkan aku tersenyum sendirian kerana begitu banyak kenangan manis semasa aku sekolah rendah dam sekolah menengah. Semua kenangan tersebut tidak akan aku lupakan sampai ke akhir hayatku.

p/s : PARIT adalah tempat alternatif yang sesuai bagi mereka yang mahu belajar berenang selain daripada jeram dan anak sungai. Harap maklum..

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme