Di HaRi LebARAn..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Setelah sekian lama menyepikan diri selama 2 minggu, kini aku kembali untuk berblogger. Aku bukannya sengaja menyepikan diri tetapi aku sebenarnya pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Kemeriahan 1 Syawal amat terasa kerana ramai sanak saudara aku yang pulang kampung dan kami berkumpul di rumah tok mek. Pada tahun ini, aku dan sepupu tidak menyambut malam raya dengan dentuman mercun seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami hanya melihat jiran tetangga yang bermain mercun serta budak-budak kecil yang bermain bunga api. Sungguh indah saat itu dan ia mengingatkan kami kepada nostalgia semasa kami kecil. Semasa kecil, malam raya dianggap tidak lengkap jika tiada bunga api dan mercun walaupun ia bukannya berasal daripada budaya masyarakat Melayu.

Dalam menyambut Hari Raya, mesti tidak lengkap tanpa baju raya. Betul tak?? Tahun ini kami sekeluarga tidak mempunyai tema warna baju yang khusus, maka masing-masing boleh memilih warna kegemaran. Di sini aku mahu mengucapkan terima kasih kepada kak Sophia kerana telah membelikan aku seluar jean dan t-shirt. Namun begitu, aku merasakan tidak lengkap jika tiada sepasang baju Melayu baru untuk beraya. Oleh itu, aku bersama kawan-kawan menjelajah bandar Kota Bharu untuk mencari sepasang baju Melayu. Pada tahun ini aku berhajat mahu mengenakan sepasang baju Melayu berwarna hitam tetapi hajat tersebut tidak tertunai kerana rata-rata kedai yang aku kunjungi sudah kehabisan stok warna hitam. Akhirnya aku terpaksa membeli baju Melayu berwarna Blue Black.

Jika beraya, tidak lengkap jika tidak menerima duit raya kan bagi kanak-kanak. Di sini aku mahu meminta maaf kepada sanak saudara aku yang kecil kerana tidak dapat memberikan duit raya. Al maklum la, aku masih belajar. Tanpa disangka, aku telah mendapat duit raya daripada sanak saudara aku yang telah bekerja. Tanpa segan silu aku menerimanya. Rezeki jangan ditolak, betul tak??

Akhir sekali, aku akan lampirkan beberapa gambar yang aku snap semasa hari raya.



3 Response to "Di HaRi LebARAn.."

  1. bestny kalu balik kampung yg dalam suasana desa cmtu...

    ni konon2 jerr balik kampung tp sebenarny balik bandar..huhuhu...time ry jln2 gi shopping...da la baru taun ni merasa balik kampung...huhuhu...

    eh heran jgk sy..
    kenape thn ni baru blk kmpg??
    aisey!! Orang klu waktu raya, p la beraya rumah orang lain..ape la p shopping..huhu

    nenek da sakit duk umah mk sedara kt johor, jd di mane nenek di situ lerr kmpung...he3.

    shpping hehe...bkn ap xtau pn ad sedara lg duk sana...xkn tetiba nk g beraya umah org2 xknl kot..shegan la...he3

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme