CiNTA DuSTa..
Adakah anda pernah mendengar “cinta dusta”?? perkara ini begitu menarik jika kita kupas secara lebih mendalam. Aku begitu berminat untuk membicarakan tentang topik ini apabila ada kawan aku yang begitu kecewa dengan seorang perempuan kerana cintanya telah didustai. Oleh kerana aku tiada kerja pada waktu tersebut, aku berkesempatan untuk mendengar luahan hati beliau. Untuk pengetahuan anda, aku begitu berminat mendengar masalah atau luahan hati orang kerana ia boleh dijadikan iktibar atau panduan apabila aku mengalami nasib yang serupa.
Kisahnya begini, suatu hari kawan aku didatangi seorang perempuan yang begitu menarik. Sememangnya perempuan tersebut agak cantik dan menjadi tumpuan setiap mata lelaki yang memandangnya. Selepas berkenalan dengan perempuan tersebut, mereka agak intim sehingga menimbulkan rasa cemburu apabila ada mata yang melihatnya. Kemudian kawan aku meluahkan hati beliau pada waktu tersebut, beliau amat menyintai dan menyayangi perempuan tersebut. Sebagai kawan, aku tumpang gembira dengan beliau walaupun kadang-kadang aku turut cemburu dengan beliau. Pada suatu hari, diibaratkan “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahhari” kawan aku telah mengetahui niat sebenar perempuan tersebut. Perempuan itu kemudiannya mengaku bahawa dia hanya berpura-pura menyintai dan menyayangi kawan aku. Mengapa begitu tergamak perempuan tersebut memperlakukan kawan aku begitu sekali?? Jawapan yang diberikan perempuan itu mudah, “aku ingin membalas dendam kepada setiap lelaki yang aku dampingi kerana mereka adalah jahat dan tidak guna”.
Melihat kepada kawanku, aku sungguh rasa bersimpati terhadap beliau. Aku
P/s :
1. Pada pandangan aku, kita sebagai manusia jangan hanya melihat sesuatu dengan kecantikan luaran sahaja tetapi kita juga perlu melihat kecantikan dalaman sesungguhnya kecantikan luaran adalah tidak kekal tetapi kecantikan dalaman akan kekal sampai ke akhir hayat..
2. Perlu diingatkan, bukan semua lelaki adalah jahat. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
x dinafikn memg ada pempuan yg mempermainkn lelaki..antara laki n pempuan, kedua2nya hampir sama dlm soal ini...mungkin krn pentingkn diri sendri tanpa memikirkn perasaan org lain atau sekadar ingin mengambil kesempatan bg memenuhi hajat n cita2 mrk...
pernah dlu sy dgr kisah dr seorg lelaki yg telah ditingglkn oleh seorg pempuan walaupn telah berlaku sesuatu antara mrk..padahal sesuatu yg telah berlaku itu bermula dr ajakn pempuan itu sendiri.
rasany kalu da jd sesuatu mcm tu xsanggup utk berpisah...smpi ada yg merayu2...tp tah la... Allahu `alam...hinggakn lelaki itu mengakui dia tidak percaya kpd pempuan...xpatutkn fiz hanya krn nila setitik..
sy nasihatkn pd kwn fiz dgr lagu nasyid2 tentang cinta dr kumpulan unic, inteam n lain2..mudah2an dpt manfaat...insyaAllh...
fuh panjangnya komen hayati..hehe
thank taw..
nanti sy smpaikan kepada kwn sy..