Ampang + Penat + Bersiar-siar...
Kring…kring…kring..telefon bimbitku kedengaran hingga mengejutkan aku daripada lamunan. Ku menoleh ke arahnya, kemudian berfikir sejenak siapakah gerangan orangnya yang menelefonku. Ku terpinga-pinga apabila mendapati tiada paparan nama, yang ada cuma paparan nombor yang tidak ku kenali. Lantas ku menjawabnya perlahan..
Pemanggil : fiz, demo ko nih
Aku : yup, kawe la nih..guano?? sapo nih erk
Pemanggil : kawe la Azlan..demo free x mlm nih..
Aku : hmm kawe free jer
Azlan : kawe nk suh demo g cari maklumat kerjaya malam nih..leh ke x??
Aku : ok jer
Azlan : pergi dgn balqis ok..
Aku : ok..
Tidak lama kemudian, balqis menelefonku. Dia memberi arahan supaya bertolak awal daripada kolej kerana tempat yang hendak dituju agak jauh dan kami tidak mengenali tempat tersebut berada dalam kawasan mana. Selepas sembahyang maghrib, aku bercadang menaiki bas untuk berjumpa dengan Balqis namun hasratku terpaksa dibatalkan kerana Balqis menggesa ku supaya mengambil teksi. Namun ia agak berbaloi kerana kata Balqis, aku boleh menebus kembali duit tambang dengan pengarah projek.
Setelah sampai ke ruang legar rumah Balqis, aku
Selepas kami bersedia untuk pergi ke tempat yang dituju, aku mula bertanya kepada Balqis. Ke manakah tempat yang hendak kita tuju sebenarnya. Kata dia, jalan melor kampung Ampang. Kemudian kami bercadang untuk ke stesen LRT Universiti dengan menaiki teksi. Selepas itu, kami mengambil LRT ke
Setelah pertukaran LRT, kami mengambil tiket ke Stesen Ampang. Terkejut juga apabila ku lihat tambang LRT ke Ampang iaitu RM5.60 sehala tetapi rupa-rupanya ku terlepas pandang, ia adalah tiket pergi dan balik. Gelabah juga aku seketika. Semasa di dalam LRT, kepalaku mula berpusing-pusing dan seperti mahu muntah namun ku gagahi juga. Akhirnya ku dan kawan-kawan berjaya sampai ke Ampang. Kami pun bercadang untuk mengambil teksi untuk ke Taman Melor namun pemandu teksi enggan menghantar kami ke
Akhirnya kami berjaya sampai ke Taman Melor, hajat kami sudah hampir tercapai. Tiba-tiba, salah seorang daripada kami bertanya “apakah alamat penuh tempat yang kita nk tuju”?? Balqis terpinga-pinga kerana dia tidak mengetahui alamat lengkap tempat yang hendak dituju. Kata dia, orang yang kita hendak jumpa tinggal di jalan Melor, kampung Melayu Ampang. Setelah diselidiki, jalan Melor mempunyai 4 lorong dan kami tidak pasti mana satu tempat yang hendak dituju. Balqis ada menelefon orang yang kami nak jumpa namun 50 kali panggilan ke nombor telefon beliau tidak berangkat. Kami mula panik. Sambil itu, kami pusing-pusing satu perumahan hingga kami terasa letih. Tidak lama kemudian, Balqis mula menyuarakan kekecewaan dan mengajak kami pulang. Dalam fikiranku, alang-alang sudah datang carilah sampai dapat. Namun begitu, ku terpaksa akur dengan Balqis yang mendapat sokongan Faizul supaya balik.
Dalam perjalanan balik, kami bercadang mengambil teksi sekali lagi untuk ke stesen LRT dan kami berjaya menahan sebuah teksi. Di dalam teksi terdapat dua kejadian yang agak mennggelikan hatiku. Kejadian pertama ialah semasa aku naik, aku tidak sedar terdapat satu bungkusan kecil di atas kerusi sebelah pemandu. Kemudian pemandu teksi memberitahu kepadaku, kalau tidak silap abang ada letak bungkusan dekat kerusi yang adik duduki. Kemudian aku meraba di belakang ********ku, terdapat satu bungkusan yang agak bersuhu suam-suam. Kemudianku ku bertanya balik kepada pemandu teksi, ini nasi abang yer, lantas beliau menjawabnya “ya nasi abang, dinner abang”. Kemudian aku terdengar kawan-kawanku tergelak besar denganku dan lantas hatiku rasa geli sangat-sangat. ku lihat pemandu teksi hanya tersenyum sahaja.
Kejadian kedua di dalam teksi ialah akibat keboringan memandu, pemandu teksi
Semasa di dalam LRT, kami membelek-belek satu persatu resit yang kami kumpul. Dalam banyak-banyak resit, terdapat satu resit yang membuatkan kami bertiga geli hati. Apa tidaknya, amount atau tambang teksi yang kami naiki tadi menunjukkan sebanyak RM 4000 lebih sedangkan tambang yang dikenakan RM 8.80. kami mula berlawak dengan modal tiket tersebut. Oleh kerana resit tersebut milik aku, aku
Sekian..
banyak nye wat claim... RM4000? leh gi melancong ni...