InCoMe..

Salam sejahtera ke atas kamu..

Sudah begitu lama aku tidak mengemaskini blog aku ini dan malam ini terdetik dihati untuk aku cuba membuat entry baru. Baiklah malam ini aku mahu berkongsi sedikit informasi tentang perkembangan bisnes pengiklanan yang sedang aku jalankan sekarang ini. Seperti sedia maklum, aku ada mengiklankan iklan dalam blog melalui ADVERTLETS. Prestasi pendapatan yang aku perolehi amatlah memberangsangkan dan membuatkan aku sangat teruja.

Sekarang pendapatan aku sudah melepasi tahap minima untuk membuat penebusan. Syarat minima untuk membuat penebusan adalah sebanyak RM 100. Namun begitu, aku belum bersedia lagi untuk membuat penebusan. Mungkin aku akan kumpul sampai RM 1000, baru aku mahu buat penebusan. Lagipun proses pembayaran cek ADVERTLETS mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 hari dan perkara ini agak mengecewakan aku sedikit. Kenapakah proses pembayaran mengambil masa yang lama??

Kadang-kadang timbul keraguan dalam hati ini, adakah ADvertlets akan membayar kepada pemblogger yang mengiklankan iklan mereka??

Namun tadi aku berkesempatan untuk membuka satu blog dan isi kandungannya menunjukkan pemilik blog tersebut telah menerima cek daripada ADVERTLETS.

Akhir sekali, tanpa segan silu aku akan melampirkan akaun ADvertlets aku







p/s : pic akaun advertlets agak kabur cz aku kurang mahir mengeditnya..jumlah baki terkumpul RM 315 something..



JaWaTAN KoSonG UnTUk ANda..

Minat dalam bidang PERTAHANAN?

Bantu skuad negara dalam membanteras jenayah.

Syarat-syarat:
1. Bumiputra dan bukan bumiputra
2. Tidak Rabun Warna
3. Kelayakan Minimum SPM
4. Berumur diantara 18-30 tahun

Kelebihan:
1. Kerja di bawah kerajaan
2. Gaji pokok : RM1800
3. Elaun bulanan (Cola) : RM300
4. Elaun penginapan RM300
5. Uniform: RM450
6. Dobi RM200
7. Percuma kursus mempertahankan diri
8. Kenaikan pangkat secara lantikan dari ketua unit jawatan dan mengambil ujian khas

Sekiranya berminat sila hadir pada sesi temuduga dan dikehendaki membawa kad pengenalan diri serta gambar berukuran passport pada 30 NOV 2009 di Jabatan Pertahanan Awam.

Bagi yang berkelayakan uniform akan diberikan 3 pasang setiap seorang dan kelengkapan lain (lengkap) serta perlu melaporkan diri 60 hari dari surat tawaran jawatan.


LAMPIRAN SILA KE BAWAH.








Jawatan:
1. Power Rangers
2. Kamen Riders
3. Ultraman
4. Sailormoon (wanita shj)
5.SURIA BAJU HITAM (Cawangan Jepun)




p/s : entry ini dipetik daripada syarikat http://ameeraedora.blogspot.com

Comments

RaJa PArit..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Keadaan cuaca hari ini begitu panas sekali membuatkan aku terlentok beberapa kali. Alangkah bestnya jika dapat mandi sungai atau jeram, aku mengelamum sendirian. Sedang aku mengelamum, teringat pula hobi waktu aku sekolah rendah dahulu. Ketika itu, pada waktu petang aku dan kawan-kawan akan mandi parit di hujung kampung. Sebenarnya terdapat 3 tempat mandi parit tetapi aku hanya memilih untuk mandi di hujung kampung kerana kawasan tersebut agak cetek berbanding kawasan lain.

Nak dijadikan cerita, ada satu ketika ada cikgu displin membuat tinjauan terhadap pelajar yang mandi parit. Kata beliau, kegiatan mandi parit tidak digalakkan sama sekali kerana ia mungkin membahayakan nyawa jika berlaku kejadian lemas. Pada waktu operasi tersebut, aku telah tertangkap dan sebagai hukumannya aku dirotan pada hari keesokannya di hadapan perhimpunan dan terus aku diberi gelaran sebagai RAJA PARIT. Apa pendapat anda dengan gelaran ini??

Kini aku cuba mengimbas kenangan-kenangan lama. Kadang-kadang ia membuatkan aku tersenyum sendirian kerana begitu banyak kenangan manis semasa aku sekolah rendah dam sekolah menengah. Semua kenangan tersebut tidak akan aku lupakan sampai ke akhir hayatku.

p/s : PARIT adalah tempat alternatif yang sesuai bagi mereka yang mahu belajar berenang selain daripada jeram dan anak sungai. Harap maklum..

Comments

CiNTA DuSTa..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Adakah anda pernah mendengar “cinta dusta”?? perkara ini begitu menarik jika kita kupas secara lebih mendalam. Aku begitu berminat untuk membicarakan tentang topik ini apabila ada kawan aku yang begitu kecewa dengan seorang perempuan kerana cintanya telah didustai. Oleh kerana aku tiada kerja pada waktu tersebut, aku berkesempatan untuk mendengar luahan hati beliau. Untuk pengetahuan anda, aku begitu berminat mendengar masalah atau luahan hati orang kerana ia boleh dijadikan iktibar atau panduan apabila aku mengalami nasib yang serupa.

Kisahnya begini, suatu hari kawan aku didatangi seorang perempuan yang begitu menarik. Sememangnya perempuan tersebut agak cantik dan menjadi tumpuan setiap mata lelaki yang memandangnya. Selepas berkenalan dengan perempuan tersebut, mereka agak intim sehingga menimbulkan rasa cemburu apabila ada mata yang melihatnya. Kemudian kawan aku meluahkan hati beliau pada waktu tersebut, beliau amat menyintai dan menyayangi perempuan tersebut. Sebagai kawan, aku tumpang gembira dengan beliau walaupun kadang-kadang aku turut cemburu dengan beliau. Pada suatu hari, diibaratkan “ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahhari” kawan aku telah mengetahui niat sebenar perempuan tersebut. Perempuan itu kemudiannya mengaku bahawa dia hanya berpura-pura menyintai dan menyayangi kawan aku. Mengapa begitu tergamak perempuan tersebut memperlakukan kawan aku begitu sekali?? Jawapan yang diberikan perempuan itu mudah, “aku ingin membalas dendam kepada setiap lelaki yang aku dampingi kerana mereka adalah jahat dan tidak guna”.

Melihat kepada kawanku, aku sungguh rasa bersimpati terhadap beliau. Aku cuba memujuk beliau “hey kawan !! bunga bukan sekuntum la”. Kemudian aku lihat kawan aku mula kembali bersemangat dan kemudian beliau berkata “tiada gunanya kita terlalu kecewa kerana seorang perempuan yang tidak benar-benar menyintai kita seadanya”. Tuhan itu adil, jika Dia tidak memberikan sesuatu kemahuan kita, Dia akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada kemahuan kita. InsyaAllah.

P/s :
1. Pada pandangan aku, kita sebagai manusia jangan hanya melihat sesuatu dengan kecantikan luaran sahaja tetapi kita juga perlu melihat kecantikan dalaman sesungguhnya kecantikan luaran adalah tidak kekal tetapi kecantikan dalaman akan kekal sampai ke akhir hayat..

2. Perlu diingatkan, bukan semua lelaki adalah jahat. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

MaLAng + PerSOALan..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Hari ini aku mahu menceritakan tentang kejadian malang yang menimpa diri ini. Waktu kejadian ini sekitar 2 hari yang lepas. Baiklah aku mulakan dengan kejadian malang yang pertama. Kisahnya bermula apabila aku sampai ke Kuala Lumpur. Waktu itu aku hanya berkeseorangan dan tiada teman untuk pulang ke kampus. Kebetulan waktu aku sampai hari sudah nak cerah, maka aku bercadang untuk menaiki LRT. Pada waktu tersebut, aku memonolog sendiri, jika aku ambil teksi adalah membazir kerana barang aku hanya sedikit, lagipun aku teringat pesanan kakak aku supaya berjimat. Tetapi untuk pengetahuan anda semua, aku ni memang jimat tetapi bukannya aku kedekut taw.

Berbalik kepada cerita asal, setelah aku sampai ke Stesen LRT Universiti, sekali lagi aku cuba membuat pilihan sama ada menelefon kawan, menaiki teksi atau menaiki bas rapid. Pilihan untuk menaiki teksi, aku tolak mentah-mentah. Kemudian aku telefon kawan untuk mengambil aku tetapi dia ada kerja dan menyuruh aku menaiki teksi.

Kini aku tidak mempunyai pilihan lain, pilihan yang tinggal ialah menaiki bas rapid. Kejadian malangnya ialah ketika aku mahu menaiki bas, aku baru sedar yang aku tidak mempunyai wang kecil. Dengan itu aku memasukkan RM5 sekeping ke kotak yang disediakan dan berharap mendapat baki daripada pemandu bas. Namun sangkaan aku meleset sama sekali dan harapan tinggal harapan, pemandu bas enggan memberikan wang baki kepada aku sedangkan tambang hanya RM1. aku cuba mendapatkan baki tetapi beliau mangatakan seperti berikut : “ sape suh ko letak RM5?? Kalau ko letak RM10 pun aku xkan bagi bakinya “. Bertapa sakit hatinya aku mendengar kata-kata beliau. Aku pun berlalu dan kerana sakit hati, aku tidak akan menghalalkan duit tersebut. Tetapi kekadang terfikir, apakah salahnya kalau aku menghalalkan duit tersebut. Betul tak??

Bercakap tentang BAS RAPID, ada satu persoalan yang ingin aku utarakan “siapakah yang patut dipersalahkan akibat kenaikan tambang BAS RAPID??” jika dahulu boleh menggunakan tiket yang sama untuk berulang alik ke MIDVALLEY tetapi kini sekali naik dikenakan tambang RM 1 dan bermakna tambang ke MIDVALLEY pergi-baik RM 4 daripada UM. Apakah pendapat anda??

* tiket yang sama = RM 1

p/s : perlu diingatkan bahawa jika anda mahu menaiki bas Rapid, sila sediakan duit kecil sebanyak RM 1

Di HaRi LebARAn..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Setelah sekian lama menyepikan diri selama 2 minggu, kini aku kembali untuk berblogger. Aku bukannya sengaja menyepikan diri tetapi aku sebenarnya pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.

Kemeriahan 1 Syawal amat terasa kerana ramai sanak saudara aku yang pulang kampung dan kami berkumpul di rumah tok mek. Pada tahun ini, aku dan sepupu tidak menyambut malam raya dengan dentuman mercun seperti tahun-tahun sebelumnya. Kami hanya melihat jiran tetangga yang bermain mercun serta budak-budak kecil yang bermain bunga api. Sungguh indah saat itu dan ia mengingatkan kami kepada nostalgia semasa kami kecil. Semasa kecil, malam raya dianggap tidak lengkap jika tiada bunga api dan mercun walaupun ia bukannya berasal daripada budaya masyarakat Melayu.

Dalam menyambut Hari Raya, mesti tidak lengkap tanpa baju raya. Betul tak?? Tahun ini kami sekeluarga tidak mempunyai tema warna baju yang khusus, maka masing-masing boleh memilih warna kegemaran. Di sini aku mahu mengucapkan terima kasih kepada kak Sophia kerana telah membelikan aku seluar jean dan t-shirt. Namun begitu, aku merasakan tidak lengkap jika tiada sepasang baju Melayu baru untuk beraya. Oleh itu, aku bersama kawan-kawan menjelajah bandar Kota Bharu untuk mencari sepasang baju Melayu. Pada tahun ini aku berhajat mahu mengenakan sepasang baju Melayu berwarna hitam tetapi hajat tersebut tidak tertunai kerana rata-rata kedai yang aku kunjungi sudah kehabisan stok warna hitam. Akhirnya aku terpaksa membeli baju Melayu berwarna Blue Black.

Jika beraya, tidak lengkap jika tidak menerima duit raya kan bagi kanak-kanak. Di sini aku mahu meminta maaf kepada sanak saudara aku yang kecil kerana tidak dapat memberikan duit raya. Al maklum la, aku masih belajar. Tanpa disangka, aku telah mendapat duit raya daripada sanak saudara aku yang telah bekerja. Tanpa segan silu aku menerimanya. Rezeki jangan ditolak, betul tak??

Akhir sekali, aku akan lampirkan beberapa gambar yang aku snap semasa hari raya.



Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme