MeMori UnTuk DikeNanG..

Hari ini aku bersempatan untuk melangkah ke perpustakaan. Tujuanku hanya satu, hanya untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi entah mengapa aku memerlukan seorang teman untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kemudian terlintas di fikiranku untuk mengajak seorang teman yang sudah lama tidak keluar bersamanya. Kemungkinan ku rindukan gelak tawa temanku itu.

kemudian aku mempelawa dia untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran dan ajakan ku diterima dengan baik. Destinasi pilihanku ialah Perpustakaan Peringatan Za’ba dan sungguh tidakku sangka bahawa dia teringin sangat mahu ke sana. Aku keheranan mengapa dia begitu beriya-iya mahu ke sana. Setelah diselidiki, rupa-rupanya dia tidak pernah menjejaki kaki ke Perpustakaan Peringatan Za’ba. Perkara ini sedikit sebanyak mengundang rasa geli hati dan perkara ini tidak dapat ku selindung, lantas ku ketawa dan temanku hanya tersenyum.

Semasa kami mengulangkaji pelajaran, kami ada selitkan perbualan kosong. Kadang-kadang kalau terus mengulangkaji pelajaran tanpa menyelitkan perbualan agak membosankan juga. Tiba-tiba temanku memberitahu bahawa dia tidak pernah melawat ke Muzium Seni Asia. Tanpa berfikir panjang, aku mempelawa temanku untuk ke sana selepas selesai mengulangkaji pelajaran.

Setelah tibanya di muzium, aku tengok temanku begitu teruja apabila dapat melawat Muzium Seni Asia. Pada masa yang sama, temanku bertuah kerana terdapat pameran ‘keamanan’ dan dia sempat mempelajari cara membuat origami sebagai simbolik kepada mesej keamanan. Aku lihat dia bersungguh-sungguh untuk mempelajari membuat origami. Akhirnya dia berjaya dan aku kagum dengan sikapnya yang tidak suka mengalah.

Dalam perjalanan balik daripada Muzium Seni Asia, aku teringat yang temanku belum menunaikan solat dan aku mengajaknya ke Komplek Perdana Siswa tetapi ajakan ditolak. Dia mengajakku balik tetapi aku menyarankan dia menunaikan solat dahulu di Fakulti Sains sebelum balik ke kolej. Selesai sahaja temanku bersolat, hujan mula turun dengan lebatnya dan kami terperangkap di situ. Tiba-tiba perutku mula berkeroncong, aku memberitahu kepada temanku akan perihal tersebut. Kemudian kami mula menjelajah Fakulti Sains untuk mencari kafetaria tetapi siri penjelajahan kami menemui kegagalan. Akhirnya hujan mula berhenti dan kami mengambil keputusan untuk balik ke kolej.

Dalam perjalanan balik ke kolej, temanku ada memberitahu terdapat satu tempat makan ‘best’ di Fakulti Sains Komputer. Mendengarkan cerita dia, ku tertarik untuk makan dekat sana. Tanpa berlengah, kami pergi ke tempat makan tersebut yang dinamakan Yaya D’Rimba CafĂ©. Tidak aku sangka tempatnya begitu menarik dan sesuai dengan namanya. Makanan dekat situ agak menarik kerana menawarkan banyak pilihan terutama kepada pengemar makanan barat. Semasa kami tengah makan, hujan mula turun dan sekali lagi kami terperangkap. Sesudah hujan mula reda, kami terus bertolak balik ke kolej kediaman dan berakhirnya sebuah memori yang akan baik untuk dikenang. Sesungguhnya memori ini tidak aku lupakan sehingga akhir hayat. Terima kasih temanku.

MuSIm PePeRaNGAn..

Hari ini entah mengapa hatiku terdetik untuk mengemaskini blogku yang tidak seberapa ini. Hal ini kemungkinan besar akibat permintaan daripada seorang teman untuk mendengar rentetan cerita atau kisah yang dialami diriku, tidak ku sangka ada juga teman yang rindukan coretanku.

Seperti yang diketahui, musim peperangan di dalam dewan peperiksaan kini sedang meletus dan wujudnya satu fenomena yang amat luar biasa. Apakah tidaknya, ramai pejuang-pejuang telah sedaya upaya melengkapkan senjata masing-masing sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Tidak ada lagi kumpulan pejuang yang leka tanpa mempersiapkan senjata mereka hingga membuatkan suasana kampus seperti tiada penghuni. Pengalaman ini aku dapat saksikan sendiri pada petang tadi, suasana kampus senyap sunyi dan tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang seperti sebelum ini.

Sempena musim peperangan ini, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan semoga berjaya kepada teman-teman seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan. Seperti kata orang putih “ gudluck and do the best “.

Comments

SaPe Mahu SoaLaN EXam??

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Di sini aku nak berkongsi link soalan exam tahun-tahun lepas bersama anda semua khususnya kepada pelajar UM...

http://202.185.97.87/umexams/

jangan segan-segan nak klik yer..

Comments

Ampang + Penat + Bersiar-siar...

Kring…kring…kring..telefon bimbitku kedengaran hingga mengejutkan aku daripada lamunan. Ku menoleh ke arahnya, kemudian berfikir sejenak siapakah gerangan orangnya yang menelefonku. Ku terpinga-pinga apabila mendapati tiada paparan nama, yang ada cuma paparan nombor yang tidak ku kenali. Lantas ku menjawabnya perlahan..

Pemanggil : fiz, demo ko nih

Aku : yup, kawe la nih..guano?? sapo nih erk

Pemanggil : kawe la Azlan..demo free x mlm nih..

Aku : hmm kawe free jer

Azlan : kawe nk suh demo g cari maklumat kerjaya malam nih..leh ke x??

Aku : ok jer

Azlan : pergi dgn balqis ok..

Aku : ok..

Tidak lama kemudian, balqis menelefonku. Dia memberi arahan supaya bertolak awal daripada kolej kerana tempat yang hendak dituju agak jauh dan kami tidak mengenali tempat tersebut berada dalam kawasan mana. Selepas sembahyang maghrib, aku bercadang menaiki bas untuk berjumpa dengan Balqis namun hasratku terpaksa dibatalkan kerana Balqis menggesa ku supaya mengambil teksi. Namun ia agak berbaloi kerana kata Balqis, aku boleh menebus kembali duit tambang dengan pengarah projek.

Setelah sampai ke ruang legar rumah Balqis, aku cuba mencari dia namun dia tidak kelihatan. Dalam masa 25 minit kemudian, aku terlihat samar-samar kelibat seorang perempuan dan ku cuba meneka perempuan tersebut ialah Balqis. Tekaanku adalah tepat. Kemudian Balqis memberitahu bahawa Faizul akan turut serta bersama kami dan aku bermonolog dalaman ( ok juga macam itu kerana aku kurang biasa dengan Balqis).

Selepas kami bersedia untuk pergi ke tempat yang dituju, aku mula bertanya kepada Balqis. Ke manakah tempat yang hendak kita tuju sebenarnya. Kata dia, jalan melor kampung Ampang. Kemudian kami bercadang untuk ke stesen LRT Universiti dengan menaiki teksi. Selepas itu, kami mengambil LRT ke Ampang Park namun dalam perjalanan kami terpaksa turun di Masjid Jamek kerana pertukaran LRT serta pertukaran idea perjalanan yang direncanakan oleh Balqis, aku hanya menuruti sahaja.

Setelah pertukaran LRT, kami mengambil tiket ke Stesen Ampang. Terkejut juga apabila ku lihat tambang LRT ke Ampang iaitu RM5.60 sehala tetapi rupa-rupanya ku terlepas pandang, ia adalah tiket pergi dan balik. Gelabah juga aku seketika. Semasa di dalam LRT, kepalaku mula berpusing-pusing dan seperti mahu muntah namun ku gagahi juga. Akhirnya ku dan kawan-kawan berjaya sampai ke Ampang. Kami pun bercadang untuk mengambil teksi untuk ke Taman Melor namun pemandu teksi enggan menghantar kami ke sana kerana terdapat perarakan apa entah, aku dan kawan-kawan tidak faham. Terpaksa la kami bertiga jalan kaki ke Taman tersebut. Kalau nak cakap penat, bukan main penatnya kerana Taman tersebut agak jauh daripada stesen LRT. Jam menunjukkan pukul 9.10 malam, kami terus mencari taman tersebut sambil bertanya kepada orang sekeliling.

Akhirnya kami berjaya sampai ke Taman Melor, hajat kami sudah hampir tercapai. Tiba-tiba, salah seorang daripada kami bertanya “apakah alamat penuh tempat yang kita nk tuju”?? Balqis terpinga-pinga kerana dia tidak mengetahui alamat lengkap tempat yang hendak dituju. Kata dia, orang yang kita hendak jumpa tinggal di jalan Melor, kampung Melayu Ampang. Setelah diselidiki, jalan Melor mempunyai 4 lorong dan kami tidak pasti mana satu tempat yang hendak dituju. Balqis ada menelefon orang yang kami nak jumpa namun 50 kali panggilan ke nombor telefon beliau tidak berangkat. Kami mula panik. Sambil itu, kami pusing-pusing satu perumahan hingga kami terasa letih. Tidak lama kemudian, Balqis mula menyuarakan kekecewaan dan mengajak kami pulang. Dalam fikiranku, alang-alang sudah datang carilah sampai dapat. Namun begitu, ku terpaksa akur dengan Balqis yang mendapat sokongan Faizul supaya balik.

Dalam perjalanan balik, kami bercadang mengambil teksi sekali lagi untuk ke stesen LRT dan kami berjaya menahan sebuah teksi. Di dalam teksi terdapat dua kejadian yang agak mennggelikan hatiku. Kejadian pertama ialah semasa aku naik, aku tidak sedar terdapat satu bungkusan kecil di atas kerusi sebelah pemandu. Kemudian pemandu teksi memberitahu kepadaku, kalau tidak silap abang ada letak bungkusan dekat kerusi yang adik duduki. Kemudian aku meraba di belakang ********ku, terdapat satu bungkusan yang agak bersuhu suam-suam. Kemudianku ku bertanya balik kepada pemandu teksi, ini nasi abang yer, lantas beliau menjawabnya “ya nasi abang, dinner abang”. Kemudian aku terdengar kawan-kawanku tergelak besar denganku dan lantas hatiku rasa geli sangat-sangat. ku lihat pemandu teksi hanya tersenyum sahaja.

Kejadian kedua di dalam teksi ialah akibat keboringan memandu, pemandu teksi cuba bersembang dengan kami. Kami apa lagi, layan la pemandu teksi tersebut. Tidak lama kemudian, kami baru perasan bahawa percakapan pemandu teksi tersebut agak laju dan kadang-kadang kata-kata yang diucapkan tidak kena dengan topik yang kami bincangkan. Aku mula memonolog, pada fikiranku abang ini sesuai menjadi ejen insuran kerana percakapan dia lancar tetapi kena ubah dari segi jawapan supaya menjawab soalan. Setelah sampai ke stesen LRT, kami meminta resit daripada pemandu teksi tersebut untuk dijadikan sebagai bukti apabila mahu menuntut wang kami kembali dengan pengarah projek.

Semasa di dalam LRT, kami membelek-belek satu persatu resit yang kami kumpul. Dalam banyak-banyak resit, terdapat satu resit yang membuatkan kami bertiga geli hati. Apa tidaknya, amount atau tambang teksi yang kami naiki tadi menunjukkan sebanyak RM 4000 lebih sedangkan tambang yang dikenakan RM 8.80. kami mula berlawak dengan modal tiket tersebut. Oleh kerana resit tersebut milik aku, aku cuba berlawak aku akan tuntut sebanyak RM 4000 dengan pengarah projek. Kemudian kami bertiga ketawa terbahak-bahak sampai tidak menghiraukan penumpang LRT yang lain. Setelah aku selidiki, resit tersebut menunjukkan perjalanan sejauh 2340 kilometer dan bermula dari tahun 2000 hingga 17hb Oktober 2009. sebagai bukti, aku akan lampirkan resit tersebut tetapi aku terlupa untuk mengambil gambar resit tersebut. Lain kali aku akan tangkap gambar resit tersebut.

Sekian..

InCoMe..SaMbunGan EpiSOD 2..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pernahkah anda membaca post aku sebelum ini yang bertajuk INCOME?? Jika anda tidak pernah membacanya, sila baca untuk maklumat lebih jelas tentang coretan yang aku hendak coretkan di sini. Hal ini kerana ia mempunyai kaitan atau boleh dianggap sebagai sambungan kepada ‘entry’ yang lepas.

Seperti anda sedia maklum ( bagi mereka yang sudah membaca ‘entry’ bertajuk INCOME) , aku telah mengumpul pendapatan melalui pengiklanan ADvertlets sebanyak RM 300 lebih dan sekarang ia sudah menjangkau RM 450. namun begitu, aku terpaksa menebus sebanyak RM 300 kerana desakan daripada beberapa faktor.

Faktor utama yang mendorong untuk aku cash ialah untuk melihat sejauh mana kebenaran pihak ADvertlets serius dalam pembayaran cek terhadap para pemblogger yang menjana pendapatan melalui iklan ADvertlets. Lagi pun, aku turut tidak sabar untuk menerima cek daripada mereka. Jika benar, aku akan buktikan dengan melampirkan cek yang akan aku perolehi nanti.

Faktor kedua ialah desakan daripada kawan-kawan. Setelah aku bercerita tentang ADvertlets kepada mereka khususnya para mengikut blog aku, mereka seakan-akan kurang pasti kesahihan ADvertlets untuk membuat pembayaran kepada para pemblogger. Kawan-kawanku seakan was-was kerana untuk mendaftar pengiklanan advertlets adalah percuma sedangkan advertlets mampu memberikan pulangan yang agak lumayan kepada ahlinya. Namun begitu, aku tidaklah merasa hairan kerana sudah menjadi kebiasaan sesuatu pengiklanan produk menelan belanja berjutaan ringgit untuk mempromosikannya.

Akhir sekali, aku akan lampirkan baki terkini akaun ADvertlets aku.

Comments

USUL..

salam..

Alhamdulilah berjumpa lagi kita dalam rancangan “bersama mr.beloved”. Pada hari ini tidak ada perkara yang menarik nak aku ceritakan cuma terdapat beberapa usul atau cadangan kawan aku untuk melakukan aktiviti pada petang yang hening ini. Antara usul atau cadangan kawan aku untuk aktiviti petang ini ialah bersenam atau ‘joging’ keliling satu UM. Cadangan itu sangat menarik kerana sudah lama aku tidak bersenam. Maka cadangan tersebut boleh dipertimbangkan, lagipun badan aku sudah semakin berisi ibarat ‘bluehippo”.

Selain aktiviti bersenam, pada petang ni mungkin aku akan berjumpa dengan sahabatku yang datang dari US Malaysia (USM). Tujuan beliau datang ke UM bukan semata-mata nak berjumpa aku tetapi kedatangan beliau adalah untuk mempersembahkan pementasan teater Tok Janggut. Tidak sabar rasanya nak menonton lakonan beliau kerana sebelum ini aku kenal beliau adalah seorang yang sangat pemalu tetapi tidak sangka sekarang beliau mampu berlakon. Pementasan teater ini akan dipersembahkan di Kolej 12, UM pada jam 8.45 malam ini. Aku ada mengajak kawan-kawanku untuk turut serta tetapi ramai yang menolak, alasan mereka sibuk dengan tugasan. Tetapi perkara ini tidak membantutkan hasratku untuk pergi menontonnya. Tunggu aku di sana wahai sahabatku, Mat Shahrul !!..

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme