MeMori UnTuk DikeNanG..
Hari ini aku bersempatan untuk melangkah ke perpustakaan. Tujuanku hanya satu, hanya untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi entah mengapa aku memerlukan seorang teman untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kemudian terlintas di fikiranku untuk mengajak seorang teman yang sudah lama tidak keluar bersamanya. Kemungkinan ku rindukan gelak tawa temanku itu.
kemudian aku mempelawa dia untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran dan ajakan ku diterima dengan baik. Destinasi pilihanku ialah Perpustakaan Peringatan Za’ba dan sungguh tidakku sangka bahawa dia teringin sangat mahu ke
Semasa kami mengulangkaji pelajaran, kami ada selitkan perbualan kosong. Kadang-kadang kalau terus mengulangkaji pelajaran tanpa menyelitkan perbualan agak membosankan juga. Tiba-tiba temanku memberitahu bahawa dia tidak pernah melawat ke Muzium Seni Asia. Tanpa berfikir panjang, aku mempelawa temanku untuk ke
Setelah tibanya di muzium, aku tengok temanku begitu teruja apabila dapat melawat Muzium Seni Asia. Pada masa yang sama, temanku bertuah kerana terdapat pameran ‘keamanan’ dan dia sempat mempelajari cara membuat origami sebagai simbolik kepada mesej keamanan. Aku lihat dia bersungguh-sungguh untuk mempelajari membuat origami. Akhirnya dia berjaya dan aku kagum dengan sikapnya yang tidak suka mengalah.
Dalam perjalanan balik daripada Muzium Seni Asia, aku teringat yang temanku belum menunaikan solat dan aku mengajaknya ke Komplek Perdana Siswa tetapi ajakan ditolak. Dia mengajakku balik tetapi aku menyarankan dia menunaikan solat dahulu di Fakulti Sains sebelum balik ke kolej. Selesai sahaja temanku bersolat, hujan mula turun dengan lebatnya dan kami terperangkap di situ. Tiba-tiba perutku mula berkeroncong, aku memberitahu kepada temanku akan perihal tersebut. Kemudian kami mula menjelajah Fakulti Sains untuk mencari kafetaria tetapi siri penjelajahan kami menemui kegagalan. Akhirnya hujan mula berhenti dan kami mengambil keputusan untuk balik ke kolej.
Dalam perjalanan balik ke kolej, temanku ada memberitahu terdapat satu tempat makan ‘best’ di Fakulti Sains Komputer. Mendengarkan cerita dia, ku tertarik untuk makan dekat
emm ni mest teman tp mesra ni kn...heeeee
hmm maybe blh dikatakan mcm 2 ler..
lama awk xde komen coretan sy yer..hehe
uhuk2..ade 2blog citer yg same ye.hha
kafe fac sains kt atas la..kene nek bukit sket..
apsal aku gi d'rimba bnyk chinese food je...
ntah la khair..tp masa aku p dlu,aku tgk menu bnyk westtern food..maybe skrg da berubah kot menu dia..aku p sem lepas..