Facebook terima dana dari luas AS
5:38 PM
fiz mr.beloved
LAMAN sosial terkemuka, Facebook mengumumkan organisasi itu mengumpul dana sehingga RM4.8 bilion dari luar negara melalui syarikat Goldman Sachs yang berbentuk saham kelas A.
Ketua Pegawai Kewangan Facebook, David Ebersman berkata, berikutan pencapaian cemerlang laman sosial terbabit, Facebook mahu meningkatkan kedudukan tunai melalui pembiayaan dana baru terbabit.
"Pelaburan luar negara membantu kami meninjau peluang terbuka di luar Amerika Syarikat jika ada potensi," katanya.
Tawaran dana RM3.2 bilion dibuat melalui dua syarikat Goldman Sachs dan Digital Sky Technologies (DST) yang dibuat untuk meningkatkan simpanan tunai Facebook dan menambah kecairan terhad kepada pemegang saham sedia ada.

Bagaimanapun, Facebook masih lagi menganggap syarikat itu tidak mempunyai perancangan besar menggunakan dana terbabit dan sekadar meneruskan pelaburan untuk membina dan memperluaskan lagi operasi mereka.
Facebook ditubuhkan pada 2004 dengan sasaran menjadikan dunia mudah dihubungkan melalui kaedah komunikasi sosial berasaskan web 2.0 dan mereka mempunyai ibu pejabat di