Darah Lembu Haram @ Najis

As Salam.

Baru2 ini terdapat pertanyaan daripada seorang hamba Allah yang ingin mengetahui status halal produk @ supplement yang berasaskan darah lembu.

Dengan rasa penuh tanggungjawabnya aku ingin berkongsi pendapat pakar/Ustaz tentang status halal produk @ supplement tersebut.  Berikut adalah pendapat beliau :



DARAH lembu termasuk dalam kategori najis dan tidak halal untuk dimakan. Begitu juga dengan vitamin dan 'supplement' yang diperbuat daripada darah lembu. 

Berbanding susu lembu dan susu awal lembu atau susu lembu kolostrum, ia adalah halal. 

Allah menjelaskan susu binatang ternakan yang halal dimakan dagingnya adalah halal. Proses terjadinya susu diceritakan dalam al-Quran seperti berikut:

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pengajaran. Kami beri minum kepadamu dari apa yang terbit daripada dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya." (Surah al-nahl ayat 66).

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme