Toshiba 3D Tanpa Cermin Mata

TOSHIBA yang berpangkalan di Jepun akan menukar impian menjadi kenyataan apabila ia menjadi syarikat pertama memperkenalkan TV 3D tanpa cermin mata khas selepas melancarkannya di Jepun baru-baru ini.

Naib Presiden Produk Visual Toshiba Corporation Sheigenori Tokumitsu berkata dengan teknologi 3Dnya, syarikat itu berjaya membangunkan TV 3D Tanpa Cermin Mata pertama di dunia. Bercakap mengenai produk itu di Singapurai, Tokumitsu berkata Toshiba sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan televisyen 3D tanpa cermin mata itu ke pasaran Asean selepas pelancaran perintisnya di Jepun. Toshiba juga membangunkan rangkaian televisyen LED dan LCD yang mempunyai keupayaan menyediakan penerimaan lebih jelas walaupun di tempat yang mempunyai kualiti isyarat siaran lemah, dan beroperasi di kawasan dengan bekalan kuasa yang tidak stabil bagi pasaran Asia. Tokumitsu berkata televisyen ini dalam siri 'Power TV' akan dipasang dengan penguat isyarat auto dan disertakan dengan bateri boleh dicaj yang boleh beroperasi sehingga dua jam bagi membantu pengguna di kawasan yang menerima isyarat penerimaan serta bekalan kuasa yang lemah menonton televisyen tanpa sebarang gangguan.

Toshiba juga mendedahkan model utama televisyen Cell Regza baru dengan menyatakan ia diperkenalkan di sini, di Asia, terlebih dulu sebelum pasaran Amerika Syarikat dan Eropah. Tokumitsu berkata Toshiba menyasar mencapai jualan lebih 1.2 juta unit televisyen bagi pasaran Asean pada 2011, yang diterjemahkan menjadi 20 peratus bahagian pasaran.

                             Sumber : Toshiba News

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme