Hikayat Malin Kundang : Batu Sujud
6:31 PM
fiz mr.beloved
Batu sujud? Itulah penemuan rupa bentuk batuan aneh di sekitar pantai di kepulauan jawa Indonesia . Keadaan rupa bentuk batu-batu yang pelik dan ganjil memilukan sesiapa saja yang bertandang melihatnya. Batuan tersebut ada diantaranya berbentuk peralatan seperti senjata, tong, tali, kayu, peti simpanan serta jasad-jasad manusia yang sedang sujud dan berbaring, Menurut cerita, suatu ketika dulu, tinggal sebuah keluarga iaitu 2 beranak yang kehidupannya sangat daif lagi miskin.
Si anak (Malin Kundang) akhirnya terpaksa merantau ke luar negeri bagi mencari harta dan kesenangan walaupun pada mulanya di bantah keras oleh ibu kandungnya sendiri. Berbulan mencari harta akhirnya Malin Kundang berjaya mencapai segala apa yang dihajatinya. Dia pun hidup senang lenang seperti saudagar kaya yang lain. Suatu hari, kapalnya singgah berlabuh di tempat kampung asalnya.
Penduduk kampung yang pernah mengenalinya pun hangat bercerita mengenainya hinggalah berita ini sampai ke telinga ibunya sendiri. Dengan hati dan perasaan gembira, ibunya pergi melawat anak yang dikandungnya itu agar dapat melepaskan kerinduan yang telah sekian lama terpendam dilubuk hatinya tetapi malang sekali, dia telah di hina dan diusir oleh anaknya tidak ubah seperti seorang pengemis (mungkin kerana terlalu malu dengan keadaan ibunya ketika itu).
Dengan perasaan sedih dan marah yang teramat sangat ibunya pun menyumpah seranah anak yang dikandungkannya itu dan kesudahan ceritanya si Malin Kundang terubah menjadi batu. Apakah benar manusia pernah bertukar menjadi batu? Sama ada kisah ini disangkal dengan pemikiran yang waras serta logik akal, kebanyakannya begitulah ringkasan cerita (kisah benar) yang sering dikaitkan dengan hikayat Malin Kundang.
P/S : Moralnya jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua ibubapa kita..jangan pula wujudnya si tanggang kedua,ketiga,keempat dan seterusnya