Kisah Haji Kelentong

Al-kisah ada seorang usahawan yang sangat kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama perniagaan atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar, pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak dan mewah, tidak exercise, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan meninggal dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini. Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat,"jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi.

Isterinya terdiam, tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku." Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.

"Bang",bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?" Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara,

"Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

Tips SEO :Cara Mudah Meningkatkan Pageview dan Klik

Ramai blogger sedia maklum terdapat berbagai teknik dan cara bagaimana untuk kita tingkatkan SEO dalam sesebuah blog. Mengubah Meta tag, menggunakan keyword, menggunakan template yang mesra SEO dan mengharapkan Backlink dari blog yang mempunyaiPage Rank tinggi adalah dari beberapa teknik dan cara untuk kita mengejar SEO. Teknik dan cara yang kita gunakan itu sebenarnya hanyalah ikhtiar kita untuk cuba mendapat kedudukan terbaik dalam search engine. 

Perkara yang paling utama sekali jika anda seseorang yang mengejar SEO adalah Linking. Lingking sebenarnya adalah segala-galanya dalam SEO. Ini kerana untuk tersenarai di search engine, seseuatutitle atau keyword memerlukan jumlah klik yang sangat tinggi. Semakin tinggi link itu di klik, semakin mudahlah untuk title atau keyword link tersebut terindeks atau tersenarai pada kedudukan yang teratas dalam result carian bagi sesuatu keyword.

Cara yang paling mudah sekali untuk kita meningkatkan Page View dan klik pada link adalah seperti:

1. Membuat sambungan link pada post yang berkaitan. 

Kita boleh menggunakan perkataan ataupun ayat pada tulisan yang akan di publish ke entri atau post yang sebelumnya.Cara ini sangat berkesan untuk meningkatkan Page View.

2. Memasang Read More pada post.

Read More adalah salah satu vara yang terbaik untuk anda meningkatkan klik pada link dan juga page view. Walaupun ada segelintir visitors yang mungkin kurang senang dengan Read More ini, tapi ia sebenarnya dapat meningkatkan Page View pada post tersebut.

3. Meletakkan widget Blog Archive, Recent Posts, Related Posts, Popular Posts dan Recent Comments.

Dengan memasang Blog Archive, Recent Posts, Related Posts, Popular Posts dan Recent Comments, ianya dapat meningkatkan lagi klik pada link dan juga Page View dengan lebih berkesan.


credit to Nescafe Ais

Pamela Anderson Kini Suka Berbogel


Ramai pastinya yang sudah mengetahui mengenai pelakon Pamela Anderson yang sudah berbogel banyak kali untuk majalah Playboy. Namun begitu, pelakon berkenaan mempunyai pengalaman menarik ketika mula-mula dia beraksi tanpa seurat benang untuk majalah tersebut.
Menurutnya, ketika kali pertama berbogel pada usia 22 tahun, dia hampir-hampir muntah di studio kerana merasa jijik dengan apa yang dilakukannya itu. Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula rasa selesa dan senang dengan pekerjaannya itu.
"Waktu itu saya rasa sangat bingung. Bila saya beritahu ibu tentang tawaran untuk berbogel dalam Playboy, dia menyuruh saya lakukan sahaja dan akhirnya saya menerima tawaran berkenaan. Tetapi sewaktu sesi fotografi, saya rasa malu dan mereka terpaksa menghabiskan banyak filem kerana banyak gambar yang tidak jadi," ujarnya.
Namun lama-kelamaan Pamela akhirnya berjaya mengatasi masalah tersebut sehinggakan kini dia pula merasa ketagih untuk berbogel. Malah, ada masanya dia terpaksa diingatkan supaya berpakaian sebelum keluar dari studio.

AFF Suzuki Cup 2010 [Final] : Alfred Riedl Malu Besar, Rajagopal tersenyum

PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.

JURULATIH Indonesia, Alfred Riedl akhirnya terpaksa akur untuk kembali berpijak di bumi nyata tatkala jurulatih Malaysia, K. Rajagobal pula terus dengan sikap tenang dan rendah dirinya.
Biarpun gembira dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi, Rajagobal masih belum mahu berasa puas kerana beliau sedar tugas mereka belum selesai.
Beliau mahu menyelesaikan dahulu baki 90 minit aksi final kedua di Jakarta, Rabu ini.
"Final belum berakhir lagi. Kita tetap kena fokus baki 90 minit aksi di Jakarta. Tetapi secara jujur memang saya optimis kita boleh menang di Kuala Lumpur ini.
"Ini kerana, Indonesia menang kesemua lima perlawanan sebelum ini hanya dengan beraksi di Jakarta. Ini aksi pertama mereka di gelanggang luar.
"Kita menang 3-0. Tetapi sepatut- nya boleh 4-0 kerana jelas saya nampak Kunanlan dijatuhkan pada masa kecederaan dan sepakan penalti wajar diberi," katanya pada sidang media selepas perlawanan.
Ditanya adakah Malaysia akan beraksi secara bertahan pada Rabu ini, Rajagobal berkata ringkas: "Tidak. Kita akan main seperti biasa. Kita takkan boleh bertahan sepanjang 90 minit."
Sementara itu, nada Riedl pada sidang media tersebut seakan mengakui kehebatan pasukan Malaysia tetapi tetap mengharapkan keajaiban pada aksi kedua nanti.
"Tahniah Malaysia kerana menang. Perlawanan ini biasa sahaja sehinggalah Malaysia mendapat gol pertama.
"Ia telah mengubah segalanya. Malaysia bertambah yakin manakala pertahanan kami semakin keliru.
"Memang aksi terhenti pada minit ke-53 itu memberi kesan kepada kami. Tetapi ketinggalan 0-1 itu lebih memberi kesan sebenarnya.
"Untuk aksi kedua di Jakarta, memang tampak cukup sukar. Tetapi apa pun boleh terjadi, mungkin kami boleh menang 4-0 atau menang 5-1 seperti sebelum ini," jelas Riedl.
                                                       Sumber dipetik : Kosmo

Navigator GPS



MALU bertanya sesat jalan. Ungkapan ini sering terpacul daripada mulut orang lama ketika memberi nasihat kepada golongan muda agar tidak sombong atau meninggi diri sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkara.

Kebetulan, ia juga sesuai digunakan untuk situasi ketika seseorang memandu kenderaan ke destinasi kurang diketahui jalannya.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi banyak membantu memudahkan lagi para pemandu tanpa perlu berhenti berkali-kali untuk bertanyakan petunjuk jalan.

Ini termasuklah pembangunan teknologi alat bantuan navigasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang memberi kemudahan navigasi kepada orang ramai.

Peranti berteknologi tinggi menggunakan teknologi satelit itu semakin mendapat tempat terutamanya penggemar elektronik dalam mencari arah destinasi dan jalan-jalan yang ingin dikunjungi mereka.

Ia dapat membantu pengguna dalam mencari sesuatu destinasi dengan lebih mudah dan berkesan, sekali gus menjimatkan masa terdedah kepada risiko tersesat dan sebagainya.

P/s: Ingat nak beli 1 tapi tabung Nuffnang xpenuh lagi..hehe

Piala AFF Suzuki 2010 [Final] : Malaysia Vs Indonesia



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, perlawanan dijangka bermula pada pukul 8 malam.
“Kita telah mendapat pemerhatian awam bahawa ini bukan pertandingan bola sepak biasa, ini pertandingan yang mendapat perhatian nusantara, sebab itu kami berusaha untuk membuat siaran langsung,” katanya selepas melancarkan program Istana Budaya (IB) 2011 di Kuala Lumpur semalam.”
Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 2-0.
Pada aksi separuh akhir lalu, RTM menyiarkan siaran langsung lewat 30 minit selepas permainan berlangsung dan ini menimbulkan perasaan kurang senang peminat bola sepak tempatan.
Pertandingan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Jakarta pada Rabu depan.  Begitupun, penyokong diharap terus memenuhi Stadium Nasional di Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada skuad muda negara menghadapi Indonesia.
Indonesia perlu diberi pengajaran selepas menewaskan skuad bimbingan K. Rajagobal itu 1-5 pada perlawanan peringkat kumpulan 1 Disember lalu.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme