Navigator GPS



MALU bertanya sesat jalan. Ungkapan ini sering terpacul daripada mulut orang lama ketika memberi nasihat kepada golongan muda agar tidak sombong atau meninggi diri sekiranya tidak mengetahui sesuatu perkara.

Kebetulan, ia juga sesuai digunakan untuk situasi ketika seseorang memandu kenderaan ke destinasi kurang diketahui jalannya.
Bagaimanapun, perkembangan teknologi banyak membantu memudahkan lagi para pemandu tanpa perlu berhenti berkali-kali untuk bertanyakan petunjuk jalan.

Ini termasuklah pembangunan teknologi alat bantuan navigasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang memberi kemudahan navigasi kepada orang ramai.

Peranti berteknologi tinggi menggunakan teknologi satelit itu semakin mendapat tempat terutamanya penggemar elektronik dalam mencari arah destinasi dan jalan-jalan yang ingin dikunjungi mereka.

Ia dapat membantu pengguna dalam mencari sesuatu destinasi dengan lebih mudah dan berkesan, sekali gus menjimatkan masa terdedah kepada risiko tersesat dan sebagainya.

P/s: Ingat nak beli 1 tapi tabung Nuffnang xpenuh lagi..hehe

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme