Cameron, AZZ dan Bukit Tandak..
9:18 AM
fiz mr.beloved
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia .
Setelah hampir dua minggu aku tidak menulis, kini aku kembali untuk menulis. Sebagaimana yang telah aku beritahu, aku telah pulang ke kampung untuk menemui kedua ibu bapa, keluarga dan sahabat yang setia menanti kepulangan aku ke kampung.
Tidak banyak cerita yang boleh aku kongsikan dengan anda semua, cuma beberapa cebisan kenangan yang ingin aku kongsikan.
Kenangan pertama terlukis dalam diri aku ialah aku telah dipelawa kakak kesayangan aku untuk ke Cameron Highland . Untuk pengetahuan, ini merupakan baru kali kedua aku pergi ke sana . Bagi aku di sana , tidak banyak perkara menarik dan jika ada pun hanyalah pemandangan yang cantik, buah strawberi dan cuaca yang sejuk.
kenangan d pintu masuk Cameron Valley
pemandangan di ladang teh
***********************************************************************************************
Kenangan kedua ialah semua rakyat sekitar khususnya ahli kepada syarikat AZZ Marketting Berhad telah dijemput untuk menghadiri sambutan ulangtahun kedua syarikat tersebut. Maka aku juga tidak lepas peluang untuk ke majlis tersebut kerana terdapat banyak persembahan yang menarik. Antara persembahan yang disajikan ialah persembahan dikir barat, tarian budaya dan nyanyian artis jemputan iaitu Azreen dan Roy Kapilla. Ternyata persembahan tersebut berjaya menarik perhatian pengunjung termasuklah aku sekeluarga. Pada ketika itu, aku bersama keluarga dapat berkumpul dan berhibur sama-sama. Sesungguhnya kenangan ini tidak aku lupakan dalam hidup aku.
Kenangan ketiga tercipta bersama seorang sahabat aku. Pada satu malam yang sunyi, sahabat aku telah mengajak aku keluar menikmati udara malam. Aku ada bertanya ke mana destinasinya, lantas sahabat aku menjawab “ikutlah ke mana-mana pun asalkan keboringan beliau terubat”. Lantas aku memecut motosikal menghala ke rantau panjang. Semasa dalam perjalanan, terlintas dalam fikiran aku untuk melalui kampung bukit tandak kerana terdapat seorang kawan aku yang menduduki kawasan tersebut. Niat aku bukanlah untuk ke rumah beliau, aku cuma ingin mengenali perkampungan tersebut. Sebelum masuk ke perkampungan tersebut, kawan aku ada memberitahu bahawa jalan ke kampung tersebut agak menakutkan tetapi aku tetap gagahi juga untuk pergi. Ternyata dakwaan kawan aku benar kerana kawasan perkampungan tersebut berbukit, gelap dan kedudukan rumah adalah jauh antara satu sama lain. Walaupun kenangan ini menakutkan tetapi ternyata terdapat keseronokan terpacar antara dua sahabat.
















