Niat Menjadi Isu..
12:56 PM
fiz mr.beloved
Assalammualaikum
dan salam sejahtera.
Rasanya
sudah begitu lama aku tidak meng’update’ blog ni kan? Maaf la ya kerana aku
agak ketandusan idea sekarang ini. Nak dikatakan
sibuk dengan tugasan, sepatah haram aku belum memulakannya.
Pada
hari selasa lepas, kumpulan aku ada membentangkan satu tugasan bagi subjek
::novel melayu::.tajuk tugasan ini ialah langkah-langkah awal yang dilakukan
oleh penulis sebelum menghasilkan novel.
Pada mulanya agak pening dalam mendapatkan maklumat berkaitan kerana
tiada rujukan sesuai yang membincangkan secara khusus tentang tajuk yang
dinyatakan di atas.
Semasa
perbincangan aku dengan ahli kumpulan, masing-masing mempunyai pendapat dalam
menganalisis tajuk/soalan tugasan tersebut. Setelah beberapa ketika, kami telah
menemukan jalan buntu. Oleh itu, kami bercadang untuk berjumpa dengan professor
untuk mendapatkan pandangan dalam mencari rujukan yang sesuai untuk menjawab
soalan tugasan yang diberikan.
Setelah
berjumpa dengan professor, kami dicadangkan supaya memilih beberapa bahan
penulisan berkaitan dengan ‘proses penciptaan’.
Selain itu, beliau juga mencadangkan kami melawat laman blog beberapa
penulis novel. Akhirnya kami dapat
menyingkap beberapa maklumat untuk membentangkan tajuk/soalan tugasan tersebut.
Setelah
tibanya hari untuk membentangkan tajuk tersebut, aku dan kawan-kawan mula
gelabah kerana sudah lama tidak melakukan pembentangan. Tatkala itu, terdapat juga suara-suara
sumbang mengatakan “hai..senior pun masih gelabah nak melakukan pembentangan”. Namun begitu, kata-kata tersebut tidak
menjejaskan perasaan aku ketika itu.
Semasa
pembentangan, ramai audien yang gelakkan aku. Adakah aku seorang badut atau
pelawak?? Entah la, hanya mereka yang mengetahuinya. Setelah berfikir sejenak, sebelum ini ramai
pembentang menggunakan pendekatan secara serius dalam melakukan pembentangan
tersebut dan ramai audien yang jemu serta mengantuk. Oleh itu, dengan sedikit perangai aku yang
gila-gila, aku ingin menggunakan pendekatan pembentangan secara santai dan
lawak supaya ‘audien’ rasa tertarik untuk fokus terhadap pembentangan kumpulan
aku. Selain aku, ahli kumpulan aku juga
mempunyai bakat yang tersendiri dalam pembentangan dan berjaya menarik
perhatian ‘audien’ dengan cara tersendiri.
Semasa
pembentangan juga, langkah awal pertama yang aku utarakan ialah niat dalam
menulis novel. Pada hakikatnya, sesuatu
pekerjaan perlulah mempunyai niat supaya ia dapatkan dijayakan dan tidak
terpesong daripada matlamat asal. Ramai ‘audien’
yang tertawakan aku kerana meletakkan niat sebagai langkah awal pertama dalam menulis
novel. Selain itu, ramai ‘audien’ yang
mempersoalkan niat dalam menulis novel. Ketika aku memikirkan jawapan yang
sesuai untuk menjawab soalan yang dikemukakan ‘audien’, professor aku bertanya.
Adakah niatnya berbunyi “sahaja aku menulis novel’ dengan nada lawak. Kemudian semua ‘audien’ ketawa
terbahak-bahak, namun aku harus cuba mempertahankan apa yang aku katakan. Aku cuba menjawab semua soalan ‘audien’
tetapi aku tewas kepada 1 soalan kerana aku tidak pernah terpikir soalan itu akan
ditanya. Soalannya berbunyi begini “ adakah menulis novel picisan hasil
daripada niat??” walaupun tidak dapat menjawab soalan tersebut. Aku memberitahu
kepada prof dan ‘audien’ bahawa soalan tersebut adalah kompleks. Semua mereka yang berada di dalam kelas
ketawa dengan jawapan yang aku berikan.
Selain
daripada soalan yang dikemukan ‘audien’, prof juga meminta ‘audien’ supaya
mengomen hasil pembentangan kumpulan aku. Alhamdulilah hampir keseluruhannya
komen yang dilontarkan adalah positif. Terima kasih banyak-banyak kepada
sesiapa yang memuji hasil pembentangan kami.
Sebelum
kelas tamat, prof juga telah memberikan komen keseluruhan pembentangan kami. Beliau
mengatakan bahawa pembentangan kami sangat menarik dan memberikan sumbangan
idea kepada ‘audien’. Aku terpinga-pinga sekejap dan rasa macam dah kembang
hidung bila ramai yang memuji termasuk prof. Prof juga menjelaskan sumbangan kumpulan
kami yang dimaksudkan ialah niat dalam menghasilkan novel. Beliau mengatakan
tiada lagi orang yang membentangkan perkara tersebut. Oleh itu, beliau mengatakan kumpulan kami
merupakan pencetus kepada idea ini. Tidak
semena-mena, aku rasa gembira dengan kenyataan beliau.
Sebelum
mengakhiri coretan ini, terdapat beberapa pesanan daripada aku
·
Coretan ini di’publish’
bukanlah bertujuan untuk bermegah tetapi sekadar untuk berkongsi cerita atau
kegembiraan aku dengan anda semua.
·
Dalam melakukan
pembentangan@presentation, anda harus pandai menawan perhatian ‘audien’ dengan
cara tersendiri. Aku syorkan pembentang perlu memasukkan unsur lawak dalam
pembentangan mereka supaya dapat menarik perhatian ‘audien” dan tidak timbulnya
rasa mengantuk.