FeNoMENa FaCeBOOk..

Salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Logo diatas mungkin tidak asing lagi kepada kita semua, ia merupakan sebuah laman sosial yang begitu popular dalam kalangan masyarakat dunia pada masa kini. Menurut hasil pemerhatian yang aku jalankan, facebook telah berjaya mencuri perhatian dan minat pelbagai golongan iaitu golongan dewasa,remaja yang sudah bekerja mahupun yang masih berstatus pelajar.

Fenomena tsunami facebook begitu cepat menular dalam masyarakat kita pada masa kini. Ekoran daripada itu, kerajaan Malaysia cuba manfaatkan laman sosial tersebut dalam merealisasikan matlamat 1 Malaysia. Daripada pemerhatian aku, keahlian dalam facebook 1 Malaysia begitu ramai dan ia menunjukkan kejayaan terhadap pendekatan yang digunapakai. Selain itu, PDRM turut mengambil insentif mengggunakan facebook sebagai ‘platform’ dalam mendekati rakyat dan mereka mengharapkan pendekatan tersebut dapat mengurangkan kadar jenayah di Malaysia

Mengikut statistik tahun 2007, pengguna facebook menjangkau 140 juta orang. Tetapi baru-baru ini, facebook mengeluarkan kenyataan bahawa penggunanya meningkat kepada 240 juta orang. Satu angka yang cukup besar dalam tempoh setahun. Jadi tidak hairanlah jika facebook boleh menjana pendapatan hingga AS$300 juta pada tahun 2008. Pada tahun 2009 sehingga tahun 2010, aku belum mendapatkan statistik daripada sumber yang sah untuk diletakkan di sini.

Baiklah, di sini aku mahu berkongsi beberapa fakta yang menarik berkaitan dengan “facebook”- sumber daripada internet

  • Facebook adalah milik Mark Zuckerberg. Dia adalah mahasiswa harvard university dan aktif sebagai anggota Alpha Epsilon Pi. What is Alpha Epsilon Pi? baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut

  • Alpha Epsilon Pi ialah perkumpulan mahasiswa yahudi di Amerika Utara, yang mempunyai misi sebagai berikut :

Alpha Epsilon Pi, the Jewish Fraternity of North America, was founded to provide opportunities for Jewish men seeking the best possible college and fraternity experience. We have maintained the integrity of our purpose by strengthening our ties to the Jewish community and serving as a link between high school and career. Alpha Epsilon Pi develops leadership for the North American Jewish community at a critical time in a young man's life. Alpha Epsilon Pi's role is to encourage the Jewish student to remain dedicated to Jewish ideals, values, and ethics and to prepare the student to be one of tomorrow's leaders so that he may help himself, his family, his community, and his people.

Secara ringkas hasil daripada teks ialah facebook merupakan satu laman sosial untuk mencari pemimpin kaum yahudi.

  • Facebook mendapat keuntungan daripada iklan yang dipasang dan keuntungan tersebut digunakan untuk membiayai peperangan Israel terhadap Palestin.

Akhir sekali, aku berhasrat untuk mendapat pendapat serta pandangan anda semua tentang facebook. Semoga perkongsian maklumat bersama dapat mendapatkan merungkai segala permasalahan yang timbul. Sekian..

Comments

SeKaDAr CoReTaN BiAsa..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Disaat aku mengarang coretan ini, aku berada di atas katil bujangku. Pada hari ini, terdapat satu sesi kuliah yang berjaya menarik perhatian dan minat aku. Ternyata aku tidak tersalah pilih untuk mengikuti kertas novel Melayu kerana ia banyak membincangkan pelbagai kaedah atau langkah dalam menghasilkan sesuatu penulisan yang baik sama ada dalam menghasilkan novel mahupun sebarang bentuk penulisan yang bermutu dan kreatif.

Daripada hasil kuliah yang disampaikan oleh pensyarah tadi, banyak input-input yang boleh digunakan dalam proses penulisan. Antara input tersebut ialah sebelum manghasilkan sebarang bentuk penulisan yang bermutu, kita perlu banyak mengumpul idea, memantapkan idea dan mengembangkan idea supaya menjadi satu kesatuan idea dan seterusnya diungkapkan dalam tulisan atau penulisan. Selain itu, kita perlu banyak membaca hasil penulisan orang lain. Tujuannya bukan untuk mencedok idea penulisan orang lain tetapi untuk mengembangkan idea yang sedia ada. Di samping itu, penulis juga perlu mendapat komen sama ada daripada penulis yang lebih berpengalaman mahupun orang ramai. Tanpa komen daripada mereka, sesebuah penulisan tidak mungkin dapat dinilai sama ada ia adalah baik atau sebaliknya

Dalam memperkatakan bidang penulisan, semua orang mampu menulis tetapi bukan semua orang mampu untuk menghasilkan penulisan yang baik. Hal ini kerana idea dan ilham untuk menulis merupakan satu anugerah daripada Tuhan kepada seseorang. Selain itu, terdapat juga segelintir orang yang mempunyai bakat dalam menghasilkan bentuk tulisan yang baik. Namun jika bakat tersebut tidak diasah, ia tidak mempunyai apa-apa makna atau ianya sekadar berkubur sebagai bakat terpendam.

Kini dengan input-input yang aku dapat, aku cuba untuk menjadi seorang penulis yang baik tetapi aku sedar bahawa harapanku agak tinggi menggunung dan tidak mungkin dicapai. Hal ini kerana kebanyakan coretan yang aku hasilkan berkisarkan kehidupan aku seharian dan tidak mungkin ramai orang untuk membaca bahkan memberikan komen. Namun kita tidak seharusnya takut untuk mencuba dan jangan takut untuk gagal.



Comments

KiNi KeMBaLi..

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Setelah sekian lama aku menyepikan diri, kini aku kembali pulih dengan semangat dan azam yang baru. Sebenarnya sudah lama aku cuba untuk menulis dalam ruangan ini namun hasratku selalunya tidak tercapai, mungkin ketandusan idea.

Sedar tidak sedar kita sudah memasuki tahun baru 2010. Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada pembaca khususnya mereka yang telah menjadi pengikut blog aku. Tanpa sokongan anda, blog ini tidak mempunyai apa-apa makna melainkan ia sebuah coretan peribadi buat diriku.

Bercakap tentang tahun baru, apakah azam anda semua?. Aku percaya mesti setiap orang daripada anda mempunyai azam atau impian kan. Sama la seperti aku. Aku kini berazam untuk memperbaiki diri kerana banyak kelemahan terdapat dalam diri. Orang kata setakat berazam sahaja tidak mampu mengubah apa-apa, melainkan ia disusuli dengan usaha ke arahnya disamping sentiasa berdoa kepada Allah swt. Jika niat kita murni, InsyaAllah azam atau impian kita akan tercapai.

Sebelum malam tahun baru, ada beberapa temanku mengajak untuk sama-sama meraikannya. Tetapi entah mengapa aku tidak mempunyai mood bagi meraikannya. Pada malam tersebut aku hanya melepak dekat bilik. Tetiba aku dapat mesej melalui yahoo messenger. Mesejnya adalah untuk beritahu bahawa meraikan malam tahun baru, hukumnya adalah murtad bagi mereka yang mengetahui hukum tersebut manakala hukumnya adalah fasik bagi mereka yang tidak mengetahui tetapi meraikannya. Hal ini kerana pada malam itu juga, golongan yahudi merayakan tuhan mereka. Aku sangat berterima kasih kepada penghantar mesej tersebut kerana memberikan info tersebut.

Setakat ini sajalah coretan aku kali ini, mungkin aku sudah ketandusan idea. Jika aku tidak mengadap laptop, macam-macam idea untuk menulis tetapi bila berhadapan dengan laptop, otakku blank. Sekian..

MeMori UnTuk DikeNanG..

Hari ini aku bersempatan untuk melangkah ke perpustakaan. Tujuanku hanya satu, hanya untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi entah mengapa aku memerlukan seorang teman untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Kemudian terlintas di fikiranku untuk mengajak seorang teman yang sudah lama tidak keluar bersamanya. Kemungkinan ku rindukan gelak tawa temanku itu.

kemudian aku mempelawa dia untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran dan ajakan ku diterima dengan baik. Destinasi pilihanku ialah Perpustakaan Peringatan Za’ba dan sungguh tidakku sangka bahawa dia teringin sangat mahu ke sana. Aku keheranan mengapa dia begitu beriya-iya mahu ke sana. Setelah diselidiki, rupa-rupanya dia tidak pernah menjejaki kaki ke Perpustakaan Peringatan Za’ba. Perkara ini sedikit sebanyak mengundang rasa geli hati dan perkara ini tidak dapat ku selindung, lantas ku ketawa dan temanku hanya tersenyum.

Semasa kami mengulangkaji pelajaran, kami ada selitkan perbualan kosong. Kadang-kadang kalau terus mengulangkaji pelajaran tanpa menyelitkan perbualan agak membosankan juga. Tiba-tiba temanku memberitahu bahawa dia tidak pernah melawat ke Muzium Seni Asia. Tanpa berfikir panjang, aku mempelawa temanku untuk ke sana selepas selesai mengulangkaji pelajaran.

Setelah tibanya di muzium, aku tengok temanku begitu teruja apabila dapat melawat Muzium Seni Asia. Pada masa yang sama, temanku bertuah kerana terdapat pameran ‘keamanan’ dan dia sempat mempelajari cara membuat origami sebagai simbolik kepada mesej keamanan. Aku lihat dia bersungguh-sungguh untuk mempelajari membuat origami. Akhirnya dia berjaya dan aku kagum dengan sikapnya yang tidak suka mengalah.

Dalam perjalanan balik daripada Muzium Seni Asia, aku teringat yang temanku belum menunaikan solat dan aku mengajaknya ke Komplek Perdana Siswa tetapi ajakan ditolak. Dia mengajakku balik tetapi aku menyarankan dia menunaikan solat dahulu di Fakulti Sains sebelum balik ke kolej. Selesai sahaja temanku bersolat, hujan mula turun dengan lebatnya dan kami terperangkap di situ. Tiba-tiba perutku mula berkeroncong, aku memberitahu kepada temanku akan perihal tersebut. Kemudian kami mula menjelajah Fakulti Sains untuk mencari kafetaria tetapi siri penjelajahan kami menemui kegagalan. Akhirnya hujan mula berhenti dan kami mengambil keputusan untuk balik ke kolej.

Dalam perjalanan balik ke kolej, temanku ada memberitahu terdapat satu tempat makan ‘best’ di Fakulti Sains Komputer. Mendengarkan cerita dia, ku tertarik untuk makan dekat sana. Tanpa berlengah, kami pergi ke tempat makan tersebut yang dinamakan Yaya D’Rimba CafĂ©. Tidak aku sangka tempatnya begitu menarik dan sesuai dengan namanya. Makanan dekat situ agak menarik kerana menawarkan banyak pilihan terutama kepada pengemar makanan barat. Semasa kami tengah makan, hujan mula turun dan sekali lagi kami terperangkap. Sesudah hujan mula reda, kami terus bertolak balik ke kolej kediaman dan berakhirnya sebuah memori yang akan baik untuk dikenang. Sesungguhnya memori ini tidak aku lupakan sehingga akhir hayat. Terima kasih temanku.

MuSIm PePeRaNGAn..

Hari ini entah mengapa hatiku terdetik untuk mengemaskini blogku yang tidak seberapa ini. Hal ini kemungkinan besar akibat permintaan daripada seorang teman untuk mendengar rentetan cerita atau kisah yang dialami diriku, tidak ku sangka ada juga teman yang rindukan coretanku.

Seperti yang diketahui, musim peperangan di dalam dewan peperiksaan kini sedang meletus dan wujudnya satu fenomena yang amat luar biasa. Apakah tidaknya, ramai pejuang-pejuang telah sedaya upaya melengkapkan senjata masing-masing sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Tidak ada lagi kumpulan pejuang yang leka tanpa mempersiapkan senjata mereka hingga membuatkan suasana kampus seperti tiada penghuni. Pengalaman ini aku dapat saksikan sendiri pada petang tadi, suasana kampus senyap sunyi dan tiada lagi kedengaran suara-suara sumbang seperti sebelum ini.

Sempena musim peperangan ini, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan semoga berjaya kepada teman-teman seperjuangan yang akan menduduki peperiksaan. Seperti kata orang putih “ gudluck and do the best “.

Comments

SaPe Mahu SoaLaN EXam??

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Di sini aku nak berkongsi link soalan exam tahun-tahun lepas bersama anda semua khususnya kepada pelajar UM...

http://202.185.97.87/umexams/

jangan segan-segan nak klik yer..

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme