Emma mencari gambar bogel..

LONDON: Menyesuaikan diri dengan budaya Amerika Syarikat menjadi pengalaman menyeronokkan bagi Emma Watson. Bagaimanapun, pengajiannya di Universiti Brown menghadapi kesukaran apabila timbul skandal mengenai gambar bogelnya.



Gambar separuh bogel aktres berusia 20 tahun itu tersebar di kalangan pelajar universiti berkenaan melalui e-mel, lapor akhbar Daily Mail. Gambar itu menunjukkan pelakon terbabit hanya memakai tuala menutupi pinggang dan bahagian bawah tubuhnya berdiri di tepi tab mandi.

“Emma cuba mencari sumber yang menyebarkan gambar itu dan mahu menghentikannya. “Terdapat beberapa gambar bogel palsu tersebar sejak dua bulan lalu. Emma sudah melihatnya dan dia letih dengan semua itu. Anda patut tahu bagaimana rasanya,” kata jurucakap Emma. Gambar bogel itu tersebar beberapa hari selepas Emma muncul dalam temu bual untuk majalah Marie Claire edisi Disember.- agensi


Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme