Cili dan Khasiatnya..
6:59 AM
fiz mr.beloved
Sebut mengenai cili, secara automatik anda akan membayangkan sejenis sayuran yang berwarna merah atau hijau, berbentuk melengkung seperti bulan sabit atau memanjang dengan hujungnya yang tirus.
Selain nama cili, nama popular bagi cili di negara ini adalah seperti lada atau cabai. Di Hungary dan Sepanyol, ia digelar sebagai primiento atau paprika.
Cili tergolong dalam keluarga sokaneceae seperti tomato dan kentang. Sayuran ini dikatakan bernilai dari aspek kesihatan dan paling menguja tentulah ia boleh membantu untuk mengatasi kegemukan.
Cili padi atau nama saintifiknya capsicum frutescens L, merupakan sejenis cili yang paling pedas dalam keluarga cili. Ia terbukti membantu merawat tekanan darah tinggi dan kelainan pencernaan serta menjadi pembersih bagi sistem percernaan.
Ia mengandungi hermostat iaitu sejenis zat yang boleh menghentikan aliran darah ketika luka dan dalam masa yang sama bertindak sebagai antiseptik.
Cili merah atau nama saintifiknya capsicum annuum berasal dari keluarga Solanaceae. Ia merupakan cili yang berisi tebal, berwarna merah atau hijau.
Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal sekali gus menghalang penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis. Cili merah juga baik untuk pengedaran darah dan boleh membantu mengatasi masalah penyakit kerongkong.
Cili kaya dengan vitamin A, B, C kompleks serta komposisi zat yang lain seperti protein, karbohidrat, karotin, zat besi, kalsium, fosforus, sodium dan potassium.
Kandungan capsaicin di dalam cili memberi rasa pedas pada cili tersebut. Lebih tinggi kandungan capsaicin, semakin rasa pedas cili tersebut.
Capsaicin tang terkandung di dalam cili dilaporkan menjadi agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia karsinogen yang boleh menyebabkan penyakit barah.