Pejabat Facebook di Malaysia??


Rakyat Malaysia memang suka menghabiskan masa lapang mereka di facebook. Tak kira lah masa lapang ke, masa duk kerja kat ofis ke, atau duduk di stesen bas ke, memang ada yang curi masa untuk membuka laman Facebook.


Percaya atau tidak, dikatakan rakyat Malaysia menghabiskan 2 jam masa pejabat mereka semata-mata bersengkang mata di Facebook.


Dikatakan Malaysia juga adalah antara negara yang mempunyai akaun Facebook yang paling ramai. Ternyata orang Malaysia suka bersosial di alam maya, suka tulis status, buat apa hari tu, apa program harian dan macam-macam lagi lah.


Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu, Facebook telah membina pejabat mereka sendiri di Malaysia ini. Baru-baru ini, aku ada tengok iklan di Facebook di mana syarikat laman sosial terbesar di dunia sekarang ni sedang mencari software enginere di Malaysia.


Dan kini, aku dapat tahu, pejabat Facebook cawangan Malaysia sedang dalam pembinaan. Di mana tu? Ya, office Facebook terletak di Neo Damansara, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Cili dan Khasiatnya..




Sebut mengenai cili, secara automatik anda akan membayangkan sejenis sayuran yang berwarna merah atau hijau, berbentuk melengkung seperti bulan sabit atau memanjang dengan hujungnya yang tirus.

Selain nama cili, nama popular bagi cili di negara ini adalah seperti lada atau cabai.  Di Hungary dan Sepanyol, ia digelar sebagai primiento atau paprika.

Cili tergolong dalam keluarga sokaneceae seperti tomato dan kentang.  Sayuran ini dikatakan bernilai dari aspek kesihatan dan paling menguja tentulah ia boleh membantu untuk mengatasi kegemukan.

Cili padi atau nama saintifiknya capsicum frutescens L, merupakan sejenis cili yang paling pedas dalam keluarga cili.  Ia terbukti membantu merawat tekanan darah tinggi dan kelainan pencernaan serta menjadi pembersih bagi sistem percernaan.

Ia mengandungi hermostat iaitu sejenis zat yang boleh menghentikan aliran darah ketika luka dan dalam masa yang sama bertindak sebagai antiseptik.

Cili merah atau nama saintifiknya capsicum annuum berasal dari keluarga Solanaceae.  Ia merupakan cili yang berisi tebal, berwarna merah atau hijau.

Cili merah mengandungi sejenis bahan yang menghalang sel-sel darah daripada bergumpal sekali gus menghalang penyakit darah beku yang dikenali sebagai trombosis.  Cili merah juga baik untuk pengedaran darah dan boleh membantu mengatasi masalah penyakit kerongkong.

Cili kaya dengan vitamin A, B, C kompleks serta komposisi zat yang lain seperti protein, karbohidrat, karotin, zat besi, kalsium, fosforus, sodium dan potassium.

Kandungan capsaicin di dalam cili memberi rasa pedas pada cili tersebut.  Lebih tinggi kandungan capsaicin, semakin rasa pedas cili tersebut.

Capsaicin tang terkandung di dalam cili dilaporkan menjadi agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia karsinogen yang boleh menyebabkan penyakit barah.

Elak ‘sesak’ di hujung/tengah bulan..



Boleh dikatakan semua orang menghadapi masalah kewangan, kecuali mereka yang sudah mencapai tahap kebebasan kewangan iaitu memiliki tahap kewangan yang kukuh.  Masalah kewangan ini biasanya disebabkan oleh kegagalan atau kesilapan kita dalam merancang kewangan ataupun memang langsung tidak ada perancangan kewangan.

Apabila hujung bulan sahaja, atau lebih parah ketika berada di tengah bulan, duit sudah habis.  Mengapa terjadi begitu?  Ini menunjukkan kegagalan anda merancang kewangan.  Dengan menguruskan kewangan secara bijak, kita mampu berbelanja hanya mengikut kemampuan dan tidak melebihi pendapatan sedia ada.  Keadaan  akan menjadi lebih baik jika anda dapat menyimpan sekitar 10% daripada jumlah pendapatan.

Berikut ada beberapa tip perancangan kewangan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian anda:

Menentukan matlamat kewangan

Matlamat ini penting supaya anda dapat gambaran awal tentang perkara yang ingin dibuat dengan wang gaji anda untuk tempoh masa tertentu.  Sama ada sebulan, 6 bulan ataupun setahun.  Anda perlu tetapkan sendiri jangka masa untuk merancang dan melaksanakan sesuatu matlamat.  Dalam keadaan begini, biasanya anda akan ada matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.  Contohnya anda merancang untuk membeli set audio terkini, melancong, membeli rumah, berkahwin, simpanan untuk memulakan perniagaan dan sebagainya.  Semua ini harus dirancang dengan berhati-hati agar segala perbelanjaan dapat digunakan secara berhemah.

Nilaikan tabiat perbelanjaan

Sekiranya duit anda habis dengan tujuan yang anda sendiri tidak ketahui dan tidak berbaki langsung pada hujung bulan, anda mesti menilai semula tabiat berbelanja sebelum ini.  Perincikannya dengan lebih teliti.

Apakah barangan yang sudah anda beli sampai habis kesemua duit itu?  Tentukan sama adakah ia barang keperluan ataupun hanya menurut nafsu memenuhi kemahuan anda semata-mata.

Menulis segala perbelanjaan

Menulis apa-apa sahaja perbelanjaan dapat mengesan perbelanjaan anda yang lepas.  Selain itu, cara ini bagi memudahkan anda mengawal perbelanjaan pada masa depan nanti.  Jadi, bolehlah anda membuat satu pelan perbelanjaan yang lebih baik selepas ini.

Anda rancanglah mengikut kedudukan kewangan sendiri sebaik mungkin.  Pelan perbelanjaan anda boleh dibuat berlandaskan panduan berikut:

  • Tuliskan berapa pendapatan bulanan anda
  • Kira keperluan perbelanjaan bulanan anda yang biasa seperti bayaran bil semasa, sewa, perbelanjaan harian, bayaran pinjaman dan lain-lain
  • Khaskan juga perbelanjaan untuk tujuan kecemasan dan bermusim seperti cukai jalan, pembaharuan insuran, yuran persekolahan, musim perayaan dan lain-lain
  • Sekiranya anda masih juga tidak mempunyai baki duit pada akhir bulan, cuba semak semula perbelanjaan anda.
  • Kenal pasti sebarang perbelanjaan yang boleh dikurangkan.  Singkirkan perbelanjaan yang tidak penting.  Jadi ia membolehkan anda menyimpan lebih banyak wang untuk masa depan anda.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme