Tempat Menarik Untuk keluar Dating..
12:44 AM
fiz mr.beloved
Menjalin suatu perhubungan dengan seseorang yang kita minati, sudah tentu sangat membahgiakan. Namun ada kalanya tempat pertemuan pertama yang mahu diatur mendatangkan sedikit masalah kerana kita sudah tentu mahukan yang terbaik untuk pasangan. Oleh itu, aku berhasrat untuk berkongsi idea dengan anda semua semua tentang tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi ketika 1st dating.
Pusat Boling
ia sebuah tempat yang agak baik untuk membawa pasangan bagi pertama kali keluar bersama. Ini kerana pusat boling tempat yang memenuhi criteria kerana ia agak menyeronokkan malah boleh dimasuki oleh sesiapa pun dan agak mudah dicari.
Zoo
Sesetengah pasangan, khususnya yang masih bujang apbila bercakap tentang zoo tentu sahaja akan menggelengkan kepala dan agak mengelikan hati. Mungkin mereka beranggapan, zoo adalah tempat kanak-kanak sahaja. Tetapi zoo sebenarnya adalah tempat yang sangat sesuai untuk berbual dan mengenali pasangan dengan lebih rapat kerana anda perlu mengunjungi dari satu kandang ke satu kandang dank ala itulah masa yang panjang boleh digunakan untuk mengenalinya.
Ia merupakan satu tempat yang agak menarik dan boleh merapatkan lagi sebuah perkenalan. Sambil mengelilingi tasik, anda boleh mengenali dirinya dengan lebih rapat lagi. Sekali pun tempat ini dilihat agak biasa-biasa sahaja tetapi ia juga sesuai dijadikan lokasi dating pertama.
Tempat pertemuan pertama juga boleh menjadikan taman hiburan sebagai pilihan. Hal ini kerana ia sebuah tempat yang sangat menyeronokkan dan menghiburkan, ada bermacam-macam permainan dan hiburan yang boleh dicuba. Cuba bayangkan anda bersama di dalam roda berputar, berpusing di udara dan ia tentu sahaja sangat menggembirakan.
Makan Pagi Bersama
Sarapan pagi bersama mungkin dilihat sebagai idea yang tidak masuk akal. Hal ini kerana jarang sekali dibuat dan pasangan mahu berehat di awal pagi. Tetapi sesekali membuat kejutan dengan mengajaknya bersarapan, menunjukkan anda sangat berbeza dengan orang lain dan itulah keunikan anda yang sebenarnya. Saat anda makan bersamanya, ia sudah tentu menyeronokkan.
Stadium
Jangan terperanjat kernaa stadium juga boleh dijadikan tempat pilihan bagi anda untuk keluar berdua dengannya. Menonton perlawanan bola sepak berdua atau menyaksikan pertandingan badminton tentu saja agak menyeronokkan. Mungkin ia suatu signal untuk anda memberitahu pasangan bahawa anda meminati sukan dan mengharapkan dia turut menyukai apa yang anda suka. Tetapi awas, saat anda mengajaknya menonton bola jangan terlepas pandang tentang dirinya. Jangan sampai dia berkecil hati kerana anda memberi tumpuan penuh kepada perlawanan dan bukan dirinya.
Pusat Membeli Belah
Ia juga mungkin tempat yang tidak pernah anda fikirkan. Apa kata anda saja menjamu mata di tempat-tempat begini, bukan perlu membeli tetapi sekadar berjalan dan mana tahu ada benda-benda yang mencetus minat anda berdua. Dari sini jugalah anda boleh mengetahui minatnya, sama ada kaitan dengan buah-buahan, makanan, barangan dan sebagainya.