HAri RAya SeMakiN HaMPir..
Sedar dalam tidak sedar kita sudah 19 hari berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri pun semakin hampir dengan kita iaitu lebih kurang 2 minggu daripada sekarang. Dalam benak fikiran penulis sekarang ini hanya fikirkan halaman kampung sahaja. Apakah tidaknya kerana kawan-kawan penulis sudah mula memperdengarkan lagu raya pilihan masing-masing. Sebenarnya perkara ini turut melibatkan diri penulis sendiri apabila beliau sering memasang lagu ‘balik kampung’ nyanyi arwah Sudirman Haji Arshad dan lagu ‘suasana hari raya’ nyanyian Syarifah Aini yang menjadi lagu favourite penulis menjelang hari raya. Sungguh indah lirik dan nada yang dinyanyikan hingga membuatkan gelombang dalam badan diri penulis membuak-buak, menyeru penulis lekas pulang ke kampung. Tetapi di telinga penulis sering terngiang-ngiang pesanan daripada mak beliau agar berhati-hati di jalan raya.
Penulis amat menghargai pesanan dan nasihat mak beliau kerana penulis amat menyayangi orang tuanya terutama mak beliau. Hal ini kerana seperti yang diceritakan dalam post yang lepas, mak beliau penah mengalami kemalangan jalan raya dan beliau hampir kehilangannya. Sekarang alhamdulilah mak beliau dah semakin sembuh dan mampu tersenyum semula. Senyuman tersebut membuatkan diri penulis amat bahagia tidak terperi. Apabila mengenangkan peristiwa itu, penulis juga teringat akan pesanan daripada beberapa kenalan penulis. Kata mereka, hargailah dan berbaktilah orang tua kita selagi mereka masih bernafas. Penulis terasa sebak apabila memikirkan perkara tersebut kerana penulis merasakan beliau belum cukup berbakti kepada orang tuanya. Bayangkanlah kita sebagai anak senang-senang minta duit dengan orang tua kita. Jika dibagi rm10 dikatakan tidak cukup, rm50 juga dikehendakinya dan terpaksalah orang tua itu teraba-raba mencari duit tersebut. Menjadi persoalan dalam diri penulis, adakah kita mampu memberikan duit kepada orang tua kita jika kita sudah bekerja tetapi sebenarnya penulis silap. Orang tua kita bukanlah mengharapkan duit daripada kita, yang sebenarnya mereka mahu melihat kita berjaya dalam hidup iaitu dari segi dunia dan akhirat serta mampu menjaga mereka sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Kadang kala kita alpa dengan perkara ini. Cara mengatasinya ialah kita hendak saling memperingatkan kawan-kawan dan kenalan kita agar tidak harus hanyut hingga melupakan pengorbanan dan jasa ibubapa mereka.
Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada teman-teman seperjuangan kerana telah memberikan banyak nasihat kepada penulis. Di sini juga penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong penulis daripada belakang kerana sentiasa mengikuti perkembangan blog penulis sehinggakan penulis bersemangat dalam
P/s : 1. Jika terdapat kesalahan bahasa dan ejaan, sila beritahu penulis.
2. Perhatian juga!! Sebenarnya penulis dalam dilema dalam memilih kata ganti nama
sama ada menggunakan ‘aku’ atau ‘penulis’. Sila tinggalkan cadangan anda..
3. Kepada pembaca blog penulis yang tidak mempunyai akaun blogger, sila tinggalkan komen anda di shoutmix penulis.
"aku" jika ditafsifkan dalam sejarah masyarakat siberia...kata2 bagi ketua puak...tapi dalam bahasa islam ialah bahasa hubungan yang baik kepada pencipta(hubungan rapat cth jika kita berdoa adakah kita gunakan aku atau saya kepada tuhan?..
penulis pula lebih sesuai kepada seorang pemikir.....yang meluahkan pendapat dalam hasil tulisan.........