Al-FATIHAH buat TEMAN kita..SITI SUHADA MOHAMMAD
KERETA Produa Kelisa remuk berlanggar dengan van muatan barang ekspres KTMB di KM 12.5 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis, semalam.
GUA MUSANG:
Kejadian jam 4.10 petang itu juga menyebabkan pemandunya, Mohd Riza Mohamad, 29, tersempit hampir setengah jam di tempat duduknya dalam keadaan berlumuran darah sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota bomba. Mohd Riza dan empat adik-beradiknya iaitu Roslina, 37; Siti Rohayu, 24; Suhada, 22 dan Azureen yang tidak diketahui umurnya kini dirawat Hospital Gua Musang. Semua mangsa berasal dari Pasir Mas. Bagaimanapun, pemandu lori, Mohd Nor Daud, 41, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika ditemui di tempat kejadian, Mohd Nor berkata, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai di kawasan menuruni bukit sebelum kenderaan yang dipandunya bertembung dengan kereta dinaiki
“Saya memandu lori menaiki bukit dan terpaksa memberhentikan kenderaan apabila melihat Perodua Kelisa yang dinaiki
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan semua lima beradik terbabit kini menerima rawatan di HGM termasuk pemandu kereta yang kritikal. Beliau berkata,
“Pemandu kereta itu dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika menuruni bukit menyebabkan terbabas memasuki laluan bertentangan hingga bertembung dengan lori berkenaan,” katanya.
Pelajar Jabatan Kesusasteraan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya