KeKaSiH GeLaP...

Ok let's talk about kekasih gelap ku. ape e2 kekasih gelap?? ape yang aku thu, kekasih gelap bukan lah membawa maksud kekasih kita tu hitam manis atau gelap sikit daripada kita. Kekasih gelap membawa erti kekasih yang dipunyai oleh kita atau kita yang menjadi kekasih nya terpulang lah, yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Dalam bahasa mudah dan senang 'skandal' bunyi macam kasar. Kalau dalam bahasa yang lebih halus, tu la.."kekasih gelap". Kalau kita selalu panggil spare tyre. kenapa perlu ada kekasih gelap? Sebab kehendak manusia secara fitrah nya Allah jadikan tak terbatas. Bezanya kita teruskan atau tidak atau kita tunaikan atau tidak je kehendak kita tu.

Salah ke ada kekasih gelap? Salah pun ada, tak salah pun ada (serba salah la..huhu). Sendiri lah korang jawab. Tapi percaya atau tidak, kekasih gelap ni sebenarnya semakin dah diterima dalam masyarakat. Even org akan cakap "ala biasalah....." fuhhhhhh dasyat dunia sekarang nih. Tapi ini lah hakikat. Suami org ada girlfriend dan isteri org ada boyfriend. Selain 2 ia tjadi jgk kt dak2 remaja skrg ni..ade yg nk jd playboy n playgirl..

Kadang-kadang masyarakat dah lali. Benarlah nafsu itu adalah peperangan yang besar. Sebenarnya aku pun penah mgalami situasi ni dlu, aku betul2 minat giler kt sorang dak popuan tanpa pengethuan sape2 tp 2 la mgkin xde jodoh antara kitaorg..huhu..lastly aku nk bgthu, korang smua kna la bsyukur dgn ape yg korang ade..

Comments

SaJaK KaWaN..





Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....

Comments

PenDEngaR YaNg BAik..

Salam sejahtera smua..pada malam ni aku tlh mdapat satu idea untuk bkongsi dgn korang smua..sperti korang tau, aku bkn la pnulis yg baik, jd aku hrp korang xboring la bca coretan aku ni..hehe..

Dalam kajian yg tlg dilakukan, didapati bahawa mereka yang bjaya dalam hidup hampir semuanya merupakan seorang komunikator yang bkesan dan mjadi pendengar yang baik. Terdapat dua sebab utama kenapa kita mesti mengetahui rahsia untuk menjadi pendengar yang baik. Pertamanya setelah korang sanggup mendengar dengan baik, korang mempelajari apa yang korang tidak ketahui selama ini. Memang benarlah bahawa selalunya kita tidak ketahui kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita sendiri. Kita lebih mudah menangkap dan melihat kelemahan orang lain.

Kedua, manusia hanya mengutamakan mereka yang menjadi pendengar yang baik. Lebih-lebih lagi di tempat kerja dan mana-mana organisasi mengutamakan orang yang mudah mendengar arahan, patuh dan bertindak pada arahan. Di rumah pula kita kan lebih sayang dan mudah berbicara dengan ahli keluarga yang 'suka mendengar cakap' berbanding dengan 'ahli keluarga yang susah mendengar cakap'.

Mereka yang mempunyai kemahiran komunikasi yang baik terdiri daripada mereka yang tahu bila dia perlu memperkatakan sesuatu, dan bila pula masanya untuk diam dan menjadi pendengar yang baik. Bila waktu diam dan mendengar dan bila pula memberi peluang orang lain bercakap. Oleh itu, mendengar yang baik bermaksud satu proses mencerap dan merakam butiran kata-kata atau ucapan daripada sumber atau si perucap sambil memikirkan apakah yang perlu diberikan perhatian, mana perkara pula yang perlu diketepikan. Juga pendengar yang baik mengutamakan tindakan yang perlu diambil hasil daripada mendengar atau mencerap itu.

Antara langkah untuk mjadi pendengar yg baik ialah (1) wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi. (2) dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan. (3) berikan perhatian sepenuhnya n berikan 'eye-contact' atau kontak mata. (4) lihat tepat ke dalam anak matanya n anggukan kepala sebagai tanda gerak balas korang. (5) Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya. (6) Ubah mimik muka korang seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula. (7) Elakkan dari mengkritik, jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai. (8) Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat. (9) Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.

Untuk menjadi seorang yang mempunyai kemahiran sosial yang baik, korang perlu mempraktikkan kaedah yang diberi di atas setiap hari sehingga ia mula menjadi tabiat baru korang. Mungkin di peringkat awal kita agak janggal dan canggung melakukannya. Namun lama-kelamaan akan membuah hasil yang di luar jangkaan anda sendiri. Untuk itu korang perlu juga membuat latihan seperti dalam menjawab telefon di mana kita mesti membalas cakap dengan menjawab, "Ya… eh… aha, " dan sebagainya. Atau gunakan kaedah bercakap sendiri dan menghadap cermin sambil melihat watak dan raut muka korang sendiri seolah-olah korang sedang mendengar. Atau perhatikan mereka yang mempunyai sifat pendengar yang baik ketika mereka berbual atau bersembang.

Jika usaha ini dijalankan secara serius, insya-Allah ia akan mendatangkan hasil. Rakan-rakan mula menjadikan korang teman karibnya. Orang bawahan korang mula menghormati korang sebagai ketua. Begitulah berkuasanya bila korang mahu menjadi pendengar yang baik. korang akan mula disenangi dan disegani.

Comments

HuBunGAn PLatOnik

Apa itu platonik? Maksud platonik yang aku faham ialah hubungan persahabatan di antara lelaki dengan perempuan yang sangat akrab tanpa wujudnya perasaan cinta..mereka akan berkongsi segala rahsia, bercerita apa sahaja, sentiasa bersama berdua..erm mmg ade hubungan ini, cuma payah tuk kita temui sebab kita sendiri tau, bila lelaki dan perempuan bersahabat dengan rapat, biasalah salah sorang daripadanya tidak mustahil akan berputik cinta dalam hatinya..

Aku ada seorang teman yang terbabit dalam platonik.Tak ada rasa apa-apakah di hati? itu soalan aku kepada dia. Jawapannya yang diberikan pada aku cukup jelas."Tak wujud perasaan tu,susah nak tukar perasaan itu menjadi cinta cz dah tertulis dalam hati - sahabat karib."Kalau suatu hari nanti bertukar,macam mana pula?Aku soal lagi.Sengaja nak menguji.Dia senyum tapi riak wajahnya masih tenang."Kalau itu dah takdir,apa nak dikatakan lagi, cuma rasa macam tak seronok plak cz dah terbiasa sebagai sahabat,then tetiba je tukar status n mesti rasa janggal sangat."


Tiada langsungkah perasaan cinta? Mungkin juga tiada - jika persahabatan itu teramatlah suci. Sejak dari mula telah tersemat di dalam hati yang dia hanya sahabat.Tidak lebih dari itu.Dan 'treatment' yang diberikan adalah layanan seorang sahabat kepada sahabat.Kadangkala kita terlupa,persahabatan antara lelaki dan perempuan,jika kena caranya,akan lebih bertahan lama berbanding menjalin hubungan cinta.

Itu salah satu alasan mengapa mereka yang terlibat dalam platonik, akan menolak untuk menukar status mereka daripada sahabat menjadi kekasih. Bimbang bila mula bercinta, ada kelakuan yang perlu dibataskan,ada perkataan yang perlu ditapis,ada rahsia yang perlu disimpan hanya untuk menjaga hati pasangan.Sikap terbuka atau berterus-terang dalam persahabatan dan percintaan ada perbezaannya.Fikirkanlah.

Tetapi tidak hairan jika ada juga platonik yang menjadi cinta. Bukan sesuatu yang mustahil, kerana gelojak di hati siapalah yang dapat menahan. Hubungan itu akan menjadi lebih bermakna,kerana sudah saling faham-memahami antara satu sama lain. Keserasian sudah wujud sejak sekian lama.

Comments

WaLk FoR ChaRIty 2008

ni la geng power ranger tp tlebih sorg lak..hehe...
ni la kngan aku dgn geng n sorg 4rener dr somalia..
ni la geng2 yg xleh nmpk camera..msti nk wt pose pnya..huhu..yg jd mngsa aku cz aku la yg jd cameraman..
klu korang nk knl sape pgarah projek ni, cba korang cr sape angkat tgn..hehee..pic ni diambil sblm pserta dilepaskan..
erm ni la peserta yg tlh dilatih mggunakan kuasa 'kuapoheko' dr Sang Goku..hahaha..
aku nk blaja gak tp mak aku xkasi..waa
ni plak diorg ngah blaja teknik nk terbang..

Pada ari ni aku nk knlkan korang dgn projek yg dianjurkan oleh kolej aku..aku rsa projek ini agk bjaya la cz mdapat smbtan yg mgalakkan dr warga UM...projek ini dinamakan 'walk of charity'...tujuannya adalah tuk mgutip derma bg umah anak2 yatim..motto projek ni adalah bjalan smbil bramal..tuk lengkapkan gmbran ttg projek ni, aku dh lampirkan post2 menarik peserta2 yg tlh myertainya..enjoy...

Comments

FEsKinA SeSi 2007/2008

Ini adalah 2 org yang tlh myertai pertandingan Feskina..jd ktaorg posing la dgn diorg sbgai kng-kngan..hehehe

Di sini aku xmlepaskn pluang tuk bgmbr bsama kwn2 yg tlh join projek feskina ni iaitu cik ros, jaja n gee..sbnrnya aku tlibat dlm projek ni scra xlgsung cz aku prlu mrakam stiap pgerakan aktitiviti ini tuk kelab aku iae2 kelab dokumentasi...
ape e2 feskina?? ia adlh sngkatan dr pktaaan festival kinabalu (anjuran Kolej Kediaman Kinabalu)..aktiviti yg dijalankan pada wk2 e2 ialah pertandingan tarian tradisional antara seklh2 area Kuala Lumpur...smbutan amat mgalakkan cz hadiah utama adlah rm1000..bnyk 2..hehehe

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme