6 SIKAP LELAKI BUAT WANITA BOSAN..


Lelaki yang perasan

Perasan! Sikap ini sebenarnya agak sinonim dengan lelaki khususnya lelaki yang menganggap dirinya kacak dan bergaya.  Lebih-lebih lagi jika mereka kaya dan berharta.  Bagi sesetangah wanita, sikap lelaki begini menambah kejengkelan di hati mereka. Namun begitu, tidak dinafikan ada wanita yang sanggup bertahan hanya kerana inginkan harta kekayaan.  Klu diukur kepada keabadian cinta, ia mungkin sangat sedikit di hati mereka.

Lelaki ego

Ego dank eras kepala, ini mungkin sikap ramai lelaki.  Bagi mereka, pantang sekali perempuan menegur kesalahan yang mereka lakukan.  Anda mungkin pernah mendengar cerita bahawa ada suami atau teman lelaki yang bertindak menampar isteri hanya kerana isteri memberi teguran tentang sikap mereka yang tidak betul. Di sinilah ego seorang lelaki sebenarnya kerana mereka beranggapan diri mereka mempunyai kuasa ke atas wanita.  Jika itulah yang anda pegang, nescaya anda akan sering ditinggalkan teman wanita.

Sering berbahasa kasar

Sikit-sikit melenting.  Ditegur sikit tetapi melentingnya bagaikan pasangan meminta dia mengadaikan nyawa.  Memang ada lelaki yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berbual dengan teman wanita.  Bagi mereka, ia satu sikap yang biasa sahaja tetapi bagi wanita yang lebih sensitive, mereka tentunya akan sering makan hati dengan sikap lelaki begini.  Jadi ketika berbual, selalulah bermuhasabah diri agar orang lain tidak terasa hati.

Mementingkan diri sendiri

Pernahkah anda menyaksikan pertelingkahan berlaku di antara lelaki dan wanita.  Kadang-kala berpunca pertengkarannya dianggap sangat remeh di mana wanita merasakan lelaki sudah tidak mempedulikan dirinya.  Memang benar, ada lelaki yang begitu mementingkan diri mereka merasakan lebih berhak dalam membuat keputusan dalam sebuah keputusan.

Jika itulah sikap anda, lama-kelamaan, sudah tentu sahaja wanita akan berasa tertekan, ia sekali gus menidakkan kehadiran anda dalam dirinya.  Justeru itu, berfikirlah dengan baik kerana bila ego menguasai diri, kita tidak akan cuba memecahkan belenggu yang bersarang di dalam dada.  Tetapi sebaliknya kalau belenggu itu sudah dibuang.  insyaAllah, perhubungan yang dijalinkan juga akan berlangsung dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang.

Tidak bertanggungjawab

Tanggungjawab antara sikap yang diamanahkan oleh Allah.  Tidak kira dalam sebuah perhubungan, pekerjaan, rumah tangga dan sebagainya.  Jika sudah tidak bertanggungjawab, kita tidak akan tahu bagaimana untuk menilai sebuah perhubungan itu.

Adakah kita hanya mencintainya hanya kerana paras rupa, kekayaan, keturunan atau sebagainya.  Tetapi seorang lelaki yang bertanggungjawab sangat disukai oleh wanita kerana mereka merasakan sangat selamat


Review dan Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Slot Akasia: Epilog Syurga Cinta – (28 Episod) Isnin-Khamis, jam 6.30petang, mulai 2 Ogos
Epilog Syurga Cinta terbitan MIG Productions memaparkan kehidupan Irham yang moden dan jauh tersasar dari landasan agama yang sewajarnya menjadi pegangan, begitu ironi dengan Siti Syuhada yang begitu ikhlas mentaati ajaran agamanya yang suci.

Satu-satunya yang menghubungkan dua insan dari dua dunia yang bertentangan ini adalah si comel Mia, anak angkat kepada ayah dan ibu Irham yang juga merupakan pelajar di tadika milik Siti Syuhada.
Setelah berkenalan dengan Syuhada, Irham telah mengenali semula agama Islam. Namun, sikap liar Irham pada masa lampau telah membawa padah kepada dirinya. Percintaan yang dimulakan atas perjudian Irham dengan kawan-kawannya telah mengecewakan Syuhada kerana dia sangka Irham telah berubah. Adakah Irham akan mengenali erti hidup dan cinta yang sebenar?

Pelakon: Zizan Nin, Rafidah Ibrahim, Mia Sara, Intan Ladyana



Orang atau Ikan??



Orang yang paling hebat berenang di planet bumi ini mungkin Martin Strel, lelaki Slovenia yang kini berusia 56 tahun.  Sehingga kini, Martin memegang banyak rekod yang menakjubkan, antaranya berenang tanpa henti paling lama, iaitu selama 84 jam 10 minit.  Rekod itu dilakukannya pada 2001 dengan berenang menyusuri Sungai Danube bagi jarak 504 kilometer.

Sebelum itu, pada tahun 2000, Martin Strel telah berenang di sepanjang Sungai Danube sejauh 3,004 kilometer dalam masa 58 hari tetapi ia dilakukan dengan berhenti rehat beberapa kali setiap hari.

Pada julai 2002, Martin Strel berenang sepanjang Sungai Mississippi sejauh 3,885 kilometer selama 68 hari.  Pada tahun 2003, Martin Strel menambah koleksi rekodnya dengan berenang sepanjang Sungai Parana, Argentina sejauh 1,930 kilometer.  Pada jun 2004, Martin Strel sekali lagi menjadi ‘ikan’ dengan berenang menyusuri Sungai Yangtze, China, sejauh 6,300 kilometer.-

Penyakit Kencing Tikus

DEFINISI PENYAKIT KENCING TIKUS

Penyakit “kencing tikus” atau nama sebenarnya adalah penyakit Leptospirosis adalah suatu penyakit infeksi akut yangdisebabkan suatu jasad renik tertentu yangdinamakan Leptospira. Leptospirosis dapat menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara
kebetulan.

Penyakit Leptospirosis ini masih menjadi permasalahan kesihatan masyarakat terutama di negara tropis dan subtropis
di negara berkembang. Hal ini akibat antara lain curahan hujan yang tinggi, kesihatan lingkungan yang kurang baik, terutama berkait dengan masalah sampah.

CARA PENULARAN PENYAKIT KENCING TIKUS

Penularan dari haiwan ke manusia dapat terjadi secara langsung ataupun tidak langsung, sedangkan penularan dari manusia ke manusia sangat jarang. Penularan langsung biasanya terjadi dari haiwan yang mengandungi penyakit leptospira kepada mereka yang pekerjaannya merawat, memotong haiwan seperti penternak, doctor haiwan, peneliti yang memakai binatang percubaan, pekerja di rumah potong haiwan dan umumnya terjadi secara kebetulan. Penularan tidak langsung (pada manusia) terjadi melalui air atau tanah yang tercemar urin haiwan yang mengandungi leptospira. Sering terjadi ketika banjir, di selokan atau sungai, di danau yang tercemar serta mereka yang bekerja sebagai pembersih selokan, sungai, pekerja perkebunan tebu, dan daerah rawa. Kuman tersebut masuk ke dalam tubuh manusia melalui kulit yang terluka atau melalui selaput lender mata, selaput lendir di mulut, saluran pernafasan.


Cara Dapatkan Top-up @ Tambah Nilai Free



Petang tadi tengah aku blogwalking, tiba-tiba aku terpandang suatu info yang sangat mengejutkan. Info tersebut ialah cara-cara nak dapatkan top-up @ tambah nilai maxis, digi dan celcom secara percuma@ free. Sekali lagi diulang, free. Mungkin anda fikir bahawa cara ini salah, namun jika anda sangat terdesak dan memerlukan top-up dengan kadar segera. Silalah guna cara ini. Semoga info ini dapat memberikan ‘manfaat kepada anda semua.






Cara-caranya ialah

  1. sila dail *138*123#
  2. Kemudian mesej akan terpapar : sila masukkan nombor Hp anda
  3. kemudian masukkan nombor hp anda dan tekan send/dail
  4. operator akan menghantar mesej supaya masukkan ‘PUK’
  5. masukkan nombor ‘PUK’ dan tekan send
  6. tunggu pengesahan penerimaan request
  7. kemudian anda akan menerima mesej pengesahan seperti ini:
“amboi banyak cantik muka kau, masuk toilet pun berbayar, inikan pula top-up”


P/S: nak top-pup, p beli kat kedai k..

Ratu Ular Malaysia..

Semalam, Ratu Ular, Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan,24 tahun, membuktikan keberanian mencium ular tedung selar berbisa sebagai tanda penutup tirai persembahannya di Muzium kelantan.



Dengan memegang dua ekor ular sawa, anak kelahiran Subgai Petani, kedah itu tampak ceria kerana dapat menghabiskan ujian tinggal bersama 100 ekor ular berbisa sebelum keluar dari bilik kaca berukuran 10X10 meter pada jam 10 malam. Sebagai penutupan majlis itu, Puteri membuat kejutan kepada lebih 300 orang penonton dengan mencium ular tedung selar berbisa berukuran kira-kira 4 meter secara spontan.

Sebelum ini, Puteri dikatakan telah pengsan semasa berada dalam bilik kaca tersebut.  Ramai beranggapan dia terkena patukan ular berbisa namun sebaliknya dia hanya keletihan kerana seharian mengadakan persembahan.

Selain dari Muzium Kelantan, Puteri pernah mengadakan pertunjukan di seluruh tanah air serta luar negara seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun.

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme