Malam Anugerah Kinabalu 2009/2010 : Red Carpet


Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pada malam semalam berlangsungnya sebuah majlis yang berprestij yang julung-julung kali diadakan bagi meraikan jasa bakti warga Kolej Kediaman Kinabalu buat kali ke-25.  Majlis ini dinamakan Malam Anugerah Kinabalu (MAK).  pada kali ini tema yang ditetapkan untuk menghadiri majlis ini ialah RED CARPET.  Baiklah aku tidak mahu bercoleteh panjang, maka aku akan sajikan anda dengan gambar-gambar yang sempat aku ‘snap’.



Sebelum aku menutup tirai coretan aku pada kali ini, aku ingin ceritakan sedikit rahsia disebalik Malam Anugerah Kinabalu ke 25. Seperti yang dinyatakan tema majlis ini ialah Red Carpet, maka aku harus mencari pakaian yang sesuai dengan tema yang ditetapkan.  Akibat daripada kesibukan aku, aku tidak mempunyai kesempatan untuk mencari kelengkapan untuk ke majlis tersebut.  Namun beberapa hari yang lepas, aku cuba mencuri waktu sedikit untuk berbelanja di Danau Kota namun kehampaan menyelubungi diri aku kerana barang yang dikehendaki tidak dapat aku temukan dan kebuntuan ini membawa hingga ke hari majlis.  Jika dilihat pada jadual, warga kolej perlu menunggu bas sekitar jam 5 petang untuk bertolak ke lokasi majlis iaitu di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur

Aku mula kalut kerana aku tidak mempunyai pakaian yang mengikut tema pada hari tersebut.  Lantas terlintas untuk meminta bantuan rakan-rakan seperjuangan untuk menyelesaikan masalah yang aku alami.  Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kalutnya aku kerana pada jam 2 petang, aku perlu ke Mid Valley untuk mencari seluar jean skinny.  Sesuai dengan bajet yang aku ada, aku hanya menerjah ke butik Romp sahaja.  Pada jam 3.30 petang, aku perlu mengambil blazer dan kasut di kolej kediaman 3 dan 12.  Untuk pengetahuan, aku meminjam barang tersebut secara ‘on the spot’ iaitu pada jam 2 petang. Secara kesimpulannya, hampir kesemua kelengkapan pakaian yang aku cari adalah pada hari majlis hendak bermula.  Ini merupakan satu pengalaman yang aku tidak boleh lupakan.kerana jika ada kesilapan atau kekurangan, maka aku akan kelihatan seperti badut layaknya.

Utusan Publication..

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sebagaimana coretan aku yang lepas, aku ada menyatakan bahawa aku akan berjumpa dengan seorang editor bagi menyiapkan tugasan yang diberikan.  Alhamdulilah syukur kepadaNya, aku telah berjaya menemukan En. Rozlan iaitu seorang editor sebuah syarikat yang diberikan label sebagai Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya aku mempunyai kesulitan dalam menemukan di mana letaknya syarikat ini. Hal ini kerana syarikat ini terletak di Jalan Shamelin, Cheras dan yang menyebabkan kesulitan ialah aku kurang mahir jalan sekitar Kuala Lumpur.  Hasil perbincangan dengan kumpulan aku, kami mengambil keputusan untuk mencari lebih awal di mana letaknya syarikat tersebut namun keadaan tidak mengizinkan, lantas kami pulang dengan kecewa.

Pada hari temujanji dengan En.Rozlan, kami telah bertolak awal kerana kami masih tidak tahu di mana letaknya syarikat Utusan Publication. Di saat otak aku berpinar-pinar memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah, kawan aku tidak semena-mena mengeluarkan handphone beliau. Lantas beliau berkata: jangan risau, handphone aku dilengkapi dengan sistem GPS dan insyaAllah kita akan sampai ke destinasi yang betul.  Tidak semena-mena aku sangat teruja untuk menggunakan GPS.  Semua paparan dalam sistem GPS adalah tepat dan  akhirnya kami berjaya sampai ke Utusan Publication dengan selamat.  Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kecanggihan teknologi seperti GPS banyak memberikan manfaat kepada pengguna jalan raya untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju dengan cepat dan selamat.
 gambar kenang-kenangan bersama En.Rozlan ( Editor Utusan Publication)


Sebelum bertemu dengan En. Rozlan, kami menyangkakan beliau adalah seorang yang agak berumur namun telahan kami silap kerana beliau masih muda iaitu umurnya baru mencecah 33 tahun. Kami amat senang untuk berurusan dengan beliau kerana beliau juga seorang yang peramah dan mesra. Semasa sesi perkenalan antara En.Rozlan, dia menyatakan beliau berasal daripada Kelantan iaitu senegeri dengan aku. Namun begitu, kami perlu berkomunikasi menggunakan bahasa baku kerana pertemuan ini boleh dianggap sebagai formal.  Hasil temuramah yang dijalankan, kami mendapat input yang sangat banyak dan boleh digunakan dalam membuat tugasan yang diberikan.

Akhir kata, terima kasih tidak terhingga kepada En. Rozlan kerana sudi ditemuramah. Jasa baik beliau dalam memberikan input berkaitan dengan tugasan, sangat kami hargai.  Sekian

Maaf Jika Aku Mencintaimu..

Biarkan cintaku bertahta di hatimu tanpa dirimu

Biarkan kasihku hilang di mamah waktu

Biarkan ku merundung sedih di belakangmu

Aku rela seperti itu kerana aku amat mencintaimu

Dan kini engkau menjauh kerana cintaku

Maafkan aku jika ini semua salahku

Izinkan aku untuk merubah cintaku

Kembalilah engkau sebagai teman biasaku

Aku berjanji tidak akan mengulangi cintaku

Biarlah cintaku, kupendam di benak hatiku

Meskipun aku harus berdusta pada hatiku

Meskipun aku melukakan hatiku..

Biarlah ini semua berlalu tanpa cinta,kasih,dan sayangmu

Asal engkau menerimaku untuk menjadi sahabatmu

Aku akan selalu menjaga perasaanmu

Biarlah perasaanku yang menderita untuk kebahagianmu

Dan maafkan jika aku terlalu mencintaimu

Itu semua kerana aku tak mau kehilangan dirimu

Maaf hatiku..aku mendustaimu.

Tersilap Orang..Malunya..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sudah lama rasanya aku tidak menjamah dan menyajikan sesuatu yang berkaitan dengan diri aku dalam ruangan ini.  Pada minggu lepas, aku benar-benar sibuk dengan projek yang dianjurkan oleh pihak kolej.  Projek tersebut dinamakan sebagai Jelajah Keamanan dan Kebajikan Kinabalu.  Tujuan projek ini diadakan adalah untuk mengutip dana bagi membantu MAKNA, AMAL dan rumah kebajikan.  Walaupun agak terasa penat kerana banyak kerja yang perlu dilakukan namun aku rasa sedikit ‘enjoy’ kerana dapat mengisi masa dengan perkara yang lebih berfaedah.  Mana taknya, dihujung minggu aku hanya lepak kat bilik sambil menatap laptop kesayangan aku sambil berkaroeke.  Kalau buat tugasan ok jugak tapi aku hanya berkaroeke dan main ‘game’ sahaja..

Disini aku ingin kongsikan dengan anda tentang satu pengalaman aku untuk mencari seorang editor untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.  Pada mulanya, aku dan kawan aku buntu kerana tidak mempunyai maklumat yang lengkap tentang editor yang hendak kami temukan.  Dengan bantuan seorang kawan perempuan, dia telah memberikan kami ‘contact’ seorang editor untuk ditemuramah.  Setelah nama diset iaitu En.Azmi, aku tanpa berlengah terus menghubungi beliau dan menyatakan ingin berjumpa dengan beliau. Tanpa banyak kerenah dan protokol, beliau menyatakan beliau sedia untuk ditemuramah.  Tempat yang dicadangkan beliau ialah bangunan peperiksaan UM pada jam 9.00 malam kerana beliau ada kelas pada masa tersebut.  Pada mulanya kami meragui kerana tempat yang dicadangkan beliau merupakan kawasan larangan kerana sebelum ini pernah berlakunya kebakaran bangunan tersebut pada waktu malam.  Kami juga mula ragu-ragu kerana beliau ada kelas malam dan apakah yang diajarkan oleh beliau.  Aku sejenak berfikir, adakah aku tidak silap orang? Namun aku gagahi juga untuk berjumpa dengan beliau.

Tepat jam 9.00 malam, kami terus melangkah ke bangunan peperiksaan UM dengan perasaan ragu-ragu.  Ketika melangkah ke tempat yang dijanjikan, kami melihat adanya latihan tarian dan latihan silat pada ketika itu.  Tidak lama kemudian, En. Azmi menghubungi aku dan aku terlihat kelibat beliau pada masa tersebut.  Kami telah dijemput oleh En.Azmi untuk duduk untuk mengadakan sesi temuramah.  Aku tanpa berlengah memulakan bicara dengan soalan pertama diutarakan.  Berapa lamakah En.Azmi berkecimpung dalam bidang ‘Editor’? En.Azmi terpinga-pinga dengan soalan yang aku utarakan namun beliau cuba menjawab dengan jawapan yang tidak disangka-sangka.  Apakah jawapan beliau?? En.Azmi menjawab: saya karangan pun tidak tahu, macammana saya terlibat dengan bidang editor.  Nampaknya awk silap orang.  Pada kali ini aku dan kawan rasa terpinga-pinga bercampur dengan perasaan malu.  Ternyata apa yang bermain dalam benak fikiran dan perasaan ragu-ragu tadi terbukti adalah benar bahawa kami tersilap. Selepas beberapa ketika, kami meminta maaf daripada beliau.  Namun mungkin ada hikmahnya, En.Azmi telah memberikan kami ‘contact’ seorang editor di Cheras dan insyaAllah kami akan bertemu dengan beliau pada hari Isnin ini.  Harap-harap kali ini tidak kami tidak silap kerana tugasan ini perlu dibentangkan pada minggu depan.

p/s: doakan aku berjaya yer kawan-kawan.. 

JELALAH KEAMANAN DAN KEBAJIKAN KINABALU

 

Assalammuailaikum dan salam 1 Malaysia..

Kini aku sangat sibuk dengan projek ini.

Dalam projek ini, jawatan aku ialah Ketua Biro Multimedia dan Publisiti.

Projek ini merupakan projek amal Kolej Kediaman Kinabalu.

 Dana yang diterima akan disumbangkan kepada MAKNA dan AMAL.

Kesimpulannya aku tidak dapat mengupdate selalu ruangan ini. Harap maklum 

Erti Disebalik Kesetiaan..

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku pada masa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

 gambar hiasan semata-mata

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting. Hal ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjawab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme