DaFTaR KoLeJ..

Sedar x sedar aku sekarang kembali ke UM untuk meneruskan pengajian aku. Eh dah sem 5 aku ni, boleh dipanggil sebagai dak last year. Rasanya macam sekejap je, ibarat jarak masa antara mata berkelip.

Aku membuat pendaftaran penginapan di Kolej Kinabalu pada 5hb Julai 2009. seperti biasa, aku kena beratur seawal jam 6 pagi lagi walaupun pada waktu itu pejabat belum buka. Tujuannya hanyalah iaitu mendapatkan bilik yang bagus dan single bed. Alhamdulilah aku telah dapat single bed tetapi sedikit hampa kerana bilik yang aku dah lama berkenan dah disambal “melaun”.

Penilaian terhadap bilik aku skrg ni??

  1. Tahap kebersihan yang memuaskan hati aku..(tapi lama2 akan bersepah jugak cz tabiat aku yang tidak suka mengemas bilik)
  2. Walaupun kedudukan bilik ini tidak strategik cz jauh dengan pejabat dan dewan makan namun ia dekat dengan bilik geng2 aku.

NaSiB oH nAsiB...

Tit..tit..tit… masa terus berlalu, bermula dari saat, minit hingga ke jam tapi mengapa aku tidak boleh tidur..adakah aku terkena penyakit insomnia?? Arghhh tidakkk…aku xboleh berterusan mcm ni cz hampir semua paper yang aku ambil bermula jam 9.00 pagi..

Sebenarnya banyak perkara sedang aku fikirkan pada waktu ini. Perkara-perkara tersebut terus blegar dalam benak fikiran aku hingga membuatkan kepala aku bertambah pening memikirkannya. Perkara utama yang berlegar dalam fikiran aku skrg ni ialah tentang kehilangan fail aku yang mengandungi dokumen2 yang penting. Dokumen yang aku maksudkan ialah markah penilaian prestasi pelajar praktikal.. Silap aku jugak cz aku lalai dan ditambah pula tabiat aku yang seorang pelupa..

Selain itu, aku juga memikirkan musibah yang telah berlaku terhadap diri aku…aku telah kehilangan duit sebanyak rm50..cz yang pasti perkara ini terjadi ialah sifat aku yang lalai dan pelupa..ya Allah tolong la hambamu ini agar tabiat lalai dan pelupa dihapuskan dalam diri aku..memang benar berdoa tanpa usaha tidak akan menjadi..so aku akan terus berusaha..chayok2 aja2 fighting

Comments

CiNTa..APakah ITu??

Takrifan Cinta

Cinta amat mahal takrifnya………
itulah yang difitrahkan oleh ALLAH S.W.T kepada hambanya………
Cinta hanya tertulis pada perkataan tapi gagal dilihat pada zahirnya…….
Kerana cinta itu tanggungjawab di mana wujudnya kesetiaan dan kejujuran di dalamnya dan ingatlah pada yang satu, jujur pada yang setia, kasih pada yang rindu, rindulah pada yang menyayangimu………
Cinta tak akan datang kalo tak dicari, cinta juga tak akan dapat kalo tiada sape yang memberi…
Tapi mencari biarlah pada yang sudi, bukan meminta pada yang simpati….

Cinta = cinta+kasih+sayang+hati

CINTA :

Cubit kiri, kanan rasa.
Impian indah ibarat syurga.
Nikah impian utama.
Taat setia membawa bahagia.
Awal dan akhir bersama-sama

KASIH :

Kongsi semua suka duka.
Abang adik, ayang anja.
Sumpah janji di bibir sentiasa.
Istana bahagia dah dicipta.
Hatiku hatimu jua.

SAYANG :

Sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
Asal free mesti nak jumpa.
You lap me, I lap you!
Apa saja sanggup diduga.
Nak itu, nak ini… mesti dapat.
Gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

HATI :

Hanya dikau yang daku cinta.
Air paip pun manis macam gula.
Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
Igauan indah tak terkira.


AnDaI kAtA CiNtA ItU sEbUaH PeNgOrBaNaN,
MeNgApA pEnGoRbAnAn ItU BuKaN nOkTaH sEbUaH CiNtA?
aNdAi KaTa dErItA iTu HaRgA sEbUaH cInTa,
mEnGaPa CiNtA ItU sEmAkIn SukAr UtK dImIlIkI?
cInTa SeUmPaMa KoTa kRiStAl,
InDaH dI PeNgLiHaTaN,
dERiTa Di PeRaSaAn…

Comments

LawATan SamBiL BeLajAR..

Salam.berjumpa lagi kita dalam rancangan masak2. Eh bila plak aku buat rancangan ni? Ntah pepe kan. Sebenarnya aku nak menceritakan tentang tentang kisah semalam. Bukan nak mengader tetapi aku nak memenuhi kehendak seorang teman. Semalam aku terima ajakan seorang teman untuk study kat Library. Untuk pengetahuan korang, aku ada mengajak kawan-kawan aku yang lain untuk ke library tetapi diorg macam xlarat je. Maklumlah musim exam, semua orang penat coz menggunakan kapasiti otak 100%.Kepada semua kawan2 aku, semoga korang dapat menjawab exam dgn tenang.

Berbalik kepada kejadian semalam, apabila aku sampai ke library, kitaorg mencari tempat yang strategik untuk berlabuh namun kebanyakan tempat yang strategik dah penuh. kitaorg pn decided nak usha tingkat 3 tetapi penuh jugak. So terpaksa la melabuhkan diri kat tempat yang agak terbuka. (take note..semalam la 1st time aku naik tingkat 3..teruk kan??)

Kesan berlabuh kat tempat terbuka!!

· Gangguan orang lalu-lalang

· Teguran daripada kawan2

· Menjadi tumpuan orang ramai

· Kekadang fokus leh hilang

Kesimpulannya (ceh.. mcm buat karangan la plak..haha), dapat keluar bersama dia memang best cz dia seorang yang ceria, leh berkongsi pendapat N mungkin seorang yang kelakar..sekian

NtaH PePe..

Semalam merupakan birthday aku. Aku sebenarnya teruja untuk menyambutnya tetapi aku xde bajet untuk mengadakan parti. Biasa la dah hujung bulan ni, so aku semakin pokai la. Dalam keghairahan aku menunggu kawan2 untuk mengucap “selamat hari lahir”, aku mula teringat kat kampung halaman aku. Alangkah bestnya klau aku dapat sambut kat kampung, mesti aku akan paksa family aku untuk mengadakan majlis untuk aku..huhu..kejam kan aku.

Maybe aku akan pulang pada hari jumaat ni cz asgnmnt aku dah settle pada malam ni. Alangkah bahgianya aku cz semua asgnmt dah siap tetapi kebahgiaan itu bersifat sementara cz aku akan menghadapi exam yang tidak lama lagi akan menjemput aku ke gelanggang yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bila tibanya saat waktu nak exam, aku semakin berasa risau, aku benci exam.waaa. pepe pun aku harus tempuh juga. Chayokx3…aja2 fighting

PRoGrAm PeRTaNdiNGan DeKLaMaSi SaJaK-KuMPuLan SiREh JuNJunG


Pada tanggal 2 April 2009, aku dan the geng telah menganjurkan satu program pertandingan DEKLAMASI SAJAK terbuka UM. Dari segi penyertaan, agak memuaskan la cz mencapai target yang kitaorang mahu iaitu seramai 10. Tujuan program ini dijalankan ialah untuk memenuhi kehendak subjek Pengurusan dan Pemasaran Kesusasteraan. Jawatan aku dalam program ini ialah Ketua Biro Teknikal. Agak susah memikul jawatan ini tetapi menjadi senang apabila aku dibantu oleh kawan2. “apa yang penting? Kerjasama. Kami xbesar, kami xkuat tapi bila bekerjasama, semua jadi senang. Wonderpet x2..yeah!!”. Ni aku ade selitkan beberapa pic yg sempat kitaorang ambil..

Comments
Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme