CARA LAJUKAN SPEED LAPTOP YANG LEMBAB/SLOW

Mesti korang tertanya-tanya cara yang paling mudah nak lajukan laptop atau PC korang dalam masa 1 minit je..lebih-lebih lagi kalau laptop korang dah berumur lebih dari 3 tahun. Nak bukak satu folder pun setengah jam duk loading. Actually tutorial ni aku dah buat dalam entri sebelum ni cuma terlupa nak tambah beberapa code mystring.

1. Buka notepad dan taip : mystring=(80000000)Pastikan sama macam dalam gambar di bawah ini. Actually korang boleh pilih nak letak berapa saiz code tu..bergantung pada saiz RAM korang. 

  • mystring=(80000000) for 128 MB RAM 
  • mystring=160000000 for 256 MB RAM 
  • mystring=320000000 for 512 MB RAM
  • mystring=655000000 for 1 GB RAM
  • mystring=1000000000 for 2 GB RAM


2. Save kat desktop. Jangan lupa tukar Save As Type kepada All Files. Namakan fail tu RAM.vbe ataupun korang boleh letak apa saja nama asalkan di hujungnya .vbe.


  3. So, jadilah macam kat bawah ni. Double-click ikon tu dan rasailah kelajuan yang menakjubkan pada laptop atau PC korang..memang terasa laju..tak tipu ni..heheh 



Jika Anda Dirompak Di Mesin ATM

Perhatian...!!!

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda

daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan
no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan
...nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor
yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang



masukkan ke dalam mesin tersebut
.
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang
kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa
(Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak
mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.
Sebarkan..

Pisau / Golok Kayu Halban

Golok Kayu Halban
Golok Kayu Halban

Harga RM100 (nego)

Besi Spring Lori

Sesuai Untuk Melapah Daging

Tahan Lama & Dijamin Tajam

Perkhidmatan Penghantaran Disediakan : By Pos/Kurier & By Hand

Sesiapa Yang Berminat Boleh Contact : 013-2267228 (Hafiz)

Salam 1 Malaysia.

Rasanya sudah lama aku xupdate aku punya blogger neh..dah jd hutan belantara gamaknya..huhu

Td tengah syok layan Facebook @ FB, terjumpa satu gambar paling lawak..tergelak sorang2 aku dibuatnya..adeiii..


lawak x? Tinggalkan komen anda dibawah..:D

Kes Jual Anak

Gambar Hiasan

Salam 1 Malaysia

Hari ini aku nak ceritakan satu kisah yang terjadi dalam segelintir masyarakat kita iaitu jual anak. Ini bukanlah satu kisah yang dogeng tetapi ia merupakan satu kisah realiti.

Anak adalah anugerah Ilahi. Kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Ibubapa harus bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak-anak mereka.

Berbalik kepada tajuk asal, di sini aku ada selitkan dialog tentang kes jual anak. Harap terhibur..:D

BAKAL MERTUA: "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ".

BAKAL MENANTU: "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat "..

BAKAL MERTUA: "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

BAKAL MENANTU: "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!

::perkahwinan tu bukan perniagaan
:D

Aku dapat RM500 daripada Nuffnang..

Salam 1 Malaysia..

Rasanya da lama aku tak update blog nih..da bsawang agaknya. 2 minggu yang lepas aku baru saja cashout earning daripada nuffnang. Agak lumayan jugak la cz semenjak aku join nuffnang ni, da ratusan ringgit aku cashout. Berbaloi-baloi :D..lepas la nak bayar bil broadband,bil api dan segala hutang2 yang lain kecuali hutang PTPTN..(hahaha) apa macam berbaloi-baloi tak?huhu





Aku dapat RM500 daripada nuffnang? Mungkin ramai yang terkejut kan tetapi hakikat sebenarnya ialah jumlah keseluruhan pendapatan aku daripada nuffnang semenjak join pada tahun 2008. bagi otai2, mungkin jumlah ini sedikit tetapi bagi aku sudah berpuas hati kerana aku bukan selalu menjaga trafik dan selalu berblogwalking. sekian

Powered by Blogger | Converted by BloggerTheme